Ku tahu amat sukar bagiku
Untuk melepaskan kasih seorang teman
Bukan kerana aku tak sayangkan dia,
Bukan kerana nak leraikan ukhuwah yang tercipta,
Jauh sekali membencinya.
Benarlah,
ukhuwah ini tak bisa dibeli dengan wang berjuta,
Benarlah,
Ukhuwah ini dijalin dengan cinta nan indah,
Cinta berpaksikan kepada yg Maha Esa
Selagi nafas masih berdesah,
Selagi jasad masih terpasak,
Selagi itulah diri ini tegak menapak,
Untukmu duhai teman,
Meski nanti jasad tak bertemu jasad,
tapi hati tetap berpadu atas nama ukhuwah fillah
Bersama menuju redha yang Esa
Tapi,ku kuatkn hati jua,
semua ini demi ukhuwah
Ukhuwah yang harus ditegakkan kembali
Demi temanku ini,demi sahabatnya di sana
Ku rela berkorban,
Demimu ALLAH,demimu teman
Ketahuilah temanku tersayang,
ketika ketiadaanku,ALLAH ada untuk menemanimu,
Ketika ketandusan kekuatan,ALLAH ada dekat denganmu,
walau apa jua yang dihadapi,jadikan ALLAHyang segalanya,
Sesungguhnya,ku amat menyayangimu kerana ALLAH
Ketahuilah teman,sahabatmu di sana juga amat menyayangimu..
Justeru,ku harap dirimu menerima salam ukhuwah dari sahabatmu itu
Sahabatku jua..
Demi ukhuwah bersama..
No comments:
Post a Comment