Thursday, September 15, 2011
Dungun oh Dungun.. hari ke-8>>>
hari ni masuk hari ke 8 ana berada di dungun.. lama ana tak update blog ni dek terlampau busy.. huhu. Alhamdulillah, pg ni ana takde class sebab semua lcterer meeting pg ni and esok dan lusa cuti.. dapat relaks sikit tapi sekejap jer la.. minggu depan mesti busy ngan study n nak cari buku2 rujukan.. hari ni insyaALLAH ana nk pergi bandar dungun.. boring sikit bila housemate ada class pg ni n then semua classmates (yang baru kenal dan rapat la) balik negeri masing-masing.. ana pun teringin nak balik sama tapi takut perasaan rindu kat kg bertambah bila dtg cni balik, so, cancel la.. lgpun tiket pergi balik dungun ke kelate hampir rm50 tu.. ish3.. ana bukan org berada, datang belajar pun sebab kakak 2 org yang support.. kalau tak setakat diploma tu ajelah jawabnya yang mampu ana belajar.. banyak benda gak ana nak komen ttg dungun ni tapi ana sedar tak patut memburukkan tempat org.. org kata kat mana kita berada kita kna ikut setiap rules kat tempat itu, bak kata Rektor UiTM Kampus Terengganu, "masuk kandang lembu kita mengebah, masuk kandang kambing kita mengembek". ish3, lama betul tak belajar perumpamaan Melayu ni.. paling akhir belajar pun rasanya 6 tahun lepas masa SPM.. terima kasih tuan rektor mengingatkan saya balik.. walau dimana berada, dengan siapa, ana akan positif.. Moga Allah kuatkan iman dan tabahkan diri ini menghadapi dugaan dan cabaran kehidupan.. amin..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment