Wednesday, June 22, 2011

ISTIKHARAH CINTA

suka sangat dengar lagu ni... jom hayati dan fahami maksud tersurat dalam lagu ni...

Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

diistikharah cinta..



Cinta ALLAH Cinta Sejati...

Bukan aku tidak percaya cinta manusia.. ada yang sejati sampai ke syurga tapi susah nak dapat.. jodoh pertemuan di tanganNya.. fitrah kita sebagai manusia nak mencinta dan dicintai tapi kita tak sedar kadang-kadang kerana terlalu ikut dek perasaan itu kita lagha.. kita lupa bahawa ada batas pergaulan antara lelaki dan perempuan.. Syukur Alhamdulillah, biarpun keseorangan aku rasa itu lebih baik bagi diriku agar tidak terjerumus kearah perkara maksiat.. terus terang, aku sokong bercinta selepas berkahwin dengan syarat kedua-dua pihak ikhlas berkahwin kerana ibadah bukan mengikut nafsu semata-mata.. aku tak perlu sedih seandainya tidak berjodoh didunia ini, sentiasa yakin dengan takdir ALLAH.. Cinta ALLAH adalah kekal abadi dan hanya insan yang benar-benar sedar akan berusaha mencari dan mendapatkan cintaNya.. semua Muslim mahu mendapatkan CintaNya, termasuk aku.. semoga kita semua berjaya menggapai Cinta Illahi.. Amin..