Assalamualaikum...
hari ini bersamaan 23 Ogos 2011.. Sejak dari malam tadi dan sampai sekarang, lebih kurang pukul 4:20 pg, hujan turun di kampung ana.. alhamdulillah.. hujan rahmat.. tapi satu je la dugaan yang terpaksa ana dan keluarga hadapi sekarang.. terpaksa berperang dengan nyamuk.. hehe.. hujan2 ni nyamuk banyak berbanding cuaca biasa.. sabar sabar.. ciun anak buah ana,aqil danish.. dia demam.. ana tak boleh tengok budak 1tahun lebih demam.. tak sanggup.. kita yang dah besar ni pun tak larat time demam apalagi dia kanak2..
hari ni dah 23 Ramadhan.. Ya Allah, cepatnya dah nak habis bulan Ramadhan.. ya Allah, bertambah debaran ana ni.. bukan debaran nak kahwin ke apa, selepas raya ana akan sambung pengajian di UiTM Dungun.. ADOI, ana rasa berdebar bila first time ana belajar jauh sikit dari negeri ana.. 1 lagi di peringkat lebih tinggi dari sebelum ni. walaupun ana kalau nak dicompare kan dengan kawan2 time sekolah rendah dulu, dikira paling corot ana tetap berdebar, ijazah akan mengajar ana betul2 erti berdikari, penuh cabaran.. first time ana terpaksa duduk rumah sewa (sebelum ni tak pernah ada pengalaman, bub duk kolej masa diploma dulu), terpaksa cari housemate( harap2 dapat housemate ok2 je) dan persekitaran baru...
ana lebih suka belajar di kawasan pedalaman.. macam Machang, Kedah dan Segamat.. tenang untuk belajar, tak tau la dungun pasni mcm mana.. kalau Machang dulu ok je suasana dia. bukit, kg n sawah padi.. semua tu ana suka.. ana tak kisah kalau org kata ana ni kekampungan sebab ana memang orang kampung, anak jati Kg Jeram Pasir Puteh Kelantan.. Soul ana memang di kampung, ana bangga ada kampung. harap ada tetap dengan pendirian ini biarpun berada jauh dari kampung.. Ya Allah, kuatkan imanku, teguhkan pendirian dan keyakinanku, jauhkan aku dari perkara-perkara yang Engkau murkai Ya Allah, berikanlah aku taufik dan hidayahMU dalam menyelesaikan sesuatu masalah.. AMIN..