Assalamualaikum wbkth…
Lama ana x update blog ni.. busy sangat2 semester
ni.. hurm.. ana homesick sgt2.. rindu bunda yang lama ana tak tengok.. L. Ubat
rindu ni hanya dengan call beliau 2x seminggu jer. Tu pun kalau ada masa lapang
n bila dah rasa diri ini xtahan sangat dengan kehidupan sehari2.. selepas
Allah, bunda lah tempat ana luah perasaan. Dengar suara dia, automatik hati ini
tenang.. Ya Allah, rindunya ana pada bunda ku.. nak balik!!! Hanya Allah je
tahu hati & perasaan ni.
Semoga
Allah limpahkan rahmat ke atas orang tuaku. Ya Allah, Engkau berkati dan
rahmati ibuku, Samsiah bt Matail Ya Allah, selamatkanlah ibuku dalam kehidupan
di dunia dan di akhirat. Engkau selamatkanlah juga arwah ayahku, Tuan Soh bin
Raja Ibrahim Ya Allah. Selamatkanlah arwah ayahku di alam barzakh dan diakhirat
kelak Ya Allah. Selamatkanlah kedua ibu bapaku di akhirat kelak Ya Allah.
Engkau kasihi dan sayangi mereka sebagaimana mereka mengasihi & menyayangiku
di waktu kecilku Ya Allah. Amin..
Rindunya kat adik beradikku especially kak ngah..
banyaknya pengorbanan kak ngah buat diri ini.. kak ngah, terima kasih utk
segala-galanya. InsyaAllah andai Allah izinkan kak chik hidup lama di dunia
ini, kak chik akan cuba balas jasa kak ngah. Andai xsempat, maafkanlah diri
ini.. banyak menyusahkan kak ngah.. terima kasih atas nasihat dan dorongan kak
ngah. Orang tahu kak ngah tegas ngan org tu ada sebabnya.. kak ngah nak ajar
org jd kuat. Tapi sebelum ni org xmatang n hati ni kadang2 memberontak sendiri.
Bila dah jauh, baru terasa ada benarnya apa yang kak ngah kata tu.. orang
doakan kak ngah selamat dunia akhirat. Amin. Andai dapat sambung PhD kat US,
harap k.ngah dapat buat yang terbaik. Orang akan cuba yang terbaik juga kat
sini.
insya-Allah_Amin…