Sunday, January 29, 2012

~> "WUDHU' MENGHAPUS DOSA..<~


~ Rasulullah saw bersabda :
“Mahukah kalian aku ...tunjukkan sesuatu yang dapat MENGHAPUS DOSA” Mereka menjawab “ Ya Rasulullah”, jawab Rasulullah “ Menyempurnakan WUDHU' ketika waktu sukar dan memperbanyakkan LANGKAH ke MASJID serta menunggu solat ke solat yang lain, kerana itu adalah ribath”.
(HR Muslim dan Al -Tirmizi)

~ Rasulullah saw bersabda:
"Sesungguhnya umatku akan dipanggil pada HARI KIAMAT nanti dalam keadaan dahi, kedua tangan, dan kedua kaki mereka BERCAHAYA, kerana BEKAS WUDHU'. "
(HR Al Bukhari no.136 dan Muslim no.246)

>>> "Ambil wudhu' tidak perlu banyak, tetapi biar SEMPURNA. Ini kerana basuhan dengan air itu hanyalah simbolik. Yang hendak DIBASUH bukanlah najis yang ada di wajah dan anggota kita, tetapi KOTORAN DOSA yang dibawa oleh mata, mulut, telinga, tangan dan kaki..." -"

No comments:

Post a Comment