assalamualaikum wbt...
lama sungguh ana tak mengupdate blog ana ni. yerla, masa byk hbskan dengan membaca sepanjang cuti semster ni. disebabkan ana dapat percuma baucer buku sebanyak RM200 sumbangan ikhlas kerajaan Malaysia kpd ana dan kawan2 yg bergelar student IPT ni.. Syukur sangat2 ana jadi rajin beli novel dan buku-buku agama sebanyak ni (lebih kurang 4 biji novel dan 4 biji buku agama) dalam satu masa.. huhu.. sebelum ni nak harapkan ana beli buku 1 bijik setahun tu dah kira ok.. huhu..
ana ada terbaca dalam salah satu buku agama yang ana baru beli hasil tulisan penulis Indonesia, Jamal Ma'mur Asmani yang bertajuk Ya Allah... Tiba-tiba Kini Saya Telah Tua!. Beliau ad memberi tips untuk menjadi orang pintar didalam buku itu. dan antara salah satu tips yang menarik minat ana ialah Menulis. bukan sebab ana minat menulis tapi memang terbukti benar bg ana. sebabnya menulis adalah cara kita berkomunikasi malah ia lebih kekal berbanding kita bercakap atau berceramah. dan menurut Zainal Abidin Thoha di dalam Aku Menulis, Maka Aku Ada yang berbunyi:
Dengan meulis aku adaDengan menulis aku hidupDengan menulis aku membacaDengan menulis aku dibacaDengan menulis aku mengetahuiDengan menulis aku diketahuiDengan menulis aku fahamDengan menulis aku difahamiDengan menulis aku menghargaiDengan menulis aku dihargaiDengan menulis aku berubahDengan menulis ake mengubahDengan menulis aku beribadahDengan menulis aku berdakwahDengan menulis aku bersaudaraDengan menulis aku mengabdiDengan menulis aku jadi diri sendiri.
benar... memang benar.. ana akuinya.. tapi setakat tulis diari dan notes utk diri senndiri tu ana masih mampu. tapi untuk bacaan berguna bagi orang awam.. ana x yakin lg. ana respect dengan seorang sahabat ana, dia berjaya menjadi novelis dan dikenali ramai. Alhamdulillah.. rezeki dia.. ana berharap CT @ nama penanya Siti Nur Dhuha sentiasa berjaya dengan cemerlangnya. dan ana akan cuba berjinak2 untuk menulis sesuatu yang berguna buat bacaan umum.. InsyaALLAH... Amin..
No comments:
Post a Comment