Tuesday, July 19, 2011

Mengingati Mati...

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Orang pintar ialah sesiapa yang memuliakan dirinya serta membuat persediaan untuk kehidupan selepas mati, sementara orang bodoh ialah sesiapa yang membiarkan dirinya mengikut hawa nafsu tetapi mengharapkan cita-citanya dikabulkan oleh Allah."(Riwayat At-Tirmidzi)...

Ingatlah.. kita semua akan dipanggil menghadapNya nanti... cepat atau lambat, semua tak terkecuali. semakin tua kita, semakin dekat dengan rumah kita(kubur).. ingatlah, hanya keampunanNya dan taubat sebenar-benar taubat dapat menghapuskan segala dosa-dosa kita. bertaubatlah.. ingatlah, waktu kita sudah hampir. beribadatlah dengan khusyuk dan tawadhuk seolah-olah hari ini adalah hari terakhir kita hidup. semoga kita semua diberi petunjuk dariNya dan diberkatiNya selalu.. amin...



Subhanallah...

Alhamdulillah... Masih dipanjangkan umur untuk beribadah kepadaNya.. Subhanallah.. Pagi ni cuaca baik, dengan kicauan burung dan suasana kampung yang menenangkan.. Sinar mentari pagi yang sangat cantik. Adik-adik semua dah pergi sekolah... Syukur kerana Adagreenrose dilahirkan sebagai gadis dan anak jati kampung. Orang bandar tidak akan faham nikmat kehidupan di kampung. tenang... and then perfect...