Saturday, June 23, 2012

cobaan dan dugaan

Alhamdulillah.. 
Allah masih izinkan ana untuk hidup lg pada pg ini.. 
semalam berlaku kejadian yang memang tak dijangka oleh ana
kebiasaan yang ana lakukan menjadi sedikit luar biasa semalam...
Ya, Allah sembuhkanlah ana sebelum 1st final paper bermula.. 
takut..
semalam dengan senang hati ana dan rakan serumah ana, Zaza pergi ke kolej duyung utk berjumpa dengan kawan, hajat dihati nak tgk laut time balik. time nak balik tu jumpelah seekor kucing yang nampak jinak sangat2. kebiasaan ana sukakan kucing.. p la ana gosok2 dia.. xsangka plak dia agresif sangat lps tu.. digigit dan dicakarnya tangan kanan ana ni.. semuanya berlaku dalam sekelip mata. ana terkejut sangat2..mula2 ana igtkan gigitan dan cakaran tu biasa, tapi bila naik basikal ana rasa lain macam.. ana tgk tgn penuh darah dan membengkak.. Rupanya dalam juga gigitan kucing tu.. sakit sangat selepas tu.. jadi, plan kitaorang nak singgah pantai Teluk Gadung cancel. dengan bantuan Muni, Zaza dan Fizah, ana selamat dibawa ke Klinik Rakyat unt disuntik.. huhu.. hbs RM67 semalam... 
Alhamdulillah, Allah masih sihatkan ana. walaupun masih rasa sakit sedikit dan tangan ana tak dapat pegang sesuatu yang berat dan tak kuat, tak apela.. orang lain sakit dia lebih teruk sakit dia.. 
pasal duit yang bayar utk rawatan tu, tak membazir pun.. untuk kesihatan ana juga. memang la RM67 sedikit besar bagi ana student yang tak dapat pinjaman dan bantuan kewangan utk belajar dari mana2 pihak ni, tapi ana paling takut tak dapat jawab exam dengan baik jer semester ni disebabkan tangan ni bengkak2 dan sakit..banyak moral value yang ana terima drpd cobaan ini.. terima kasih Allah.. Alhamdulillah..


Thursday, June 7, 2012

                Alhamdulillah.

masih diberi peluang untuk bangun pada pagi ini.. hari ni ana bakal di uji dengan quizz untuk subjek Islamic Financial Planning. Alhamdulillah, Allah bg peluang pada ana untuk bangun awal dan study sikit2. walaupun tak banyak harap berguna untuk jawab quiz nanti. dek kerana tak sihat badan, otak ana tak dapat berfungsi ngan baik semalam. so, ana tido awal tanpa sempat menyentuh mihun tomyam yang dikirim kepada housemates. tapi syukur Allah masih beri peluang untuk ana bangun awal pagi ni dan study sikit. walaupun masih terasa sakit belakang ana ni, tapi harap sangat ia tak mempengaruhi ana menjawab pagi ini.. Ya Allahu Rabbi, permudahkan urusanku dalam mencapai ilmuMu yang luas sebelum mata ini terkatup rapat.. Amin..

Monday, June 4, 2012

Hati Oh Hati>>

Assalamualaikum...

lamanya ana tak buka lembaran buku hijau ana ni.. almaklumlah, nama pun student.. busy sesangat.. malam ni pun ada quiz eco tapi nak study time cenggini kepale ana dah tak trime dah.. alang2 buka laptop, update jer la blog sendiri..

semester ni benar2 mguji kesabaran dan kekuatan hati ana.. Allah jer yang tahu perasaan ana. nak tak nak ana kena hadapi juga situasi ini.. berharap Allah beri kekuatan dalam menjaga hati dan perasaan ni. semoga beri kesabaran untuk diri ini menjaga hati, lidah dari berprasangka buruk dan tidak menyakitkan hati orang lain.. Amin..  Cik Aada Greeny tersenyum tapi hati menangis.. tak mengapa. asalkan tak susahkan orang lain..

Alhamdulillah, dapat tahu dari mak, si dia dah berkahwin. tumpang gembira dan senang. at least, ana tak menjadi penyebab si dia kecewa. Syukur sangat2 Ya Allah... Alhamdulillah.. cuti hari tu p umah kawan mak kenduri kahwin, lalu depan umah kawan lama. tetiba hati ase berdebar semacam.. huhu.. padahal dah takde feeling dah pun kat dia.

hati oh hati... mudahnya kau berubah.. menerima ayat Hlovate dalam novel dia Contengan Jalanan, "hati kita bukan kita yang pegang". memang benarlah.. Allah yang Maha Berkuasa membolakbalikkan hati manusia. kadang2 ana jadi tak percaya pada diri sendiri. sebab ana seorang yang tak tetap pendirian. sekejap itu sekejap ini.. selalu berubah. ana takut dengan sikap ana yang sebegini. moga Allah tetapkan pendirian dan keimanan ana. Amin.. 

jagalah hati kita sesungguhnya pandangan hati itulah yang hakiki...
setakat ini sajalah untuk kali ini.. cetusan hati luahan Cik Aada Greeny.. (^_*)