Monday, June 4, 2012

Hati Oh Hati>>

Assalamualaikum...

lamanya ana tak buka lembaran buku hijau ana ni.. almaklumlah, nama pun student.. busy sesangat.. malam ni pun ada quiz eco tapi nak study time cenggini kepale ana dah tak trime dah.. alang2 buka laptop, update jer la blog sendiri..

semester ni benar2 mguji kesabaran dan kekuatan hati ana.. Allah jer yang tahu perasaan ana. nak tak nak ana kena hadapi juga situasi ini.. berharap Allah beri kekuatan dalam menjaga hati dan perasaan ni. semoga beri kesabaran untuk diri ini menjaga hati, lidah dari berprasangka buruk dan tidak menyakitkan hati orang lain.. Amin..  Cik Aada Greeny tersenyum tapi hati menangis.. tak mengapa. asalkan tak susahkan orang lain..

Alhamdulillah, dapat tahu dari mak, si dia dah berkahwin. tumpang gembira dan senang. at least, ana tak menjadi penyebab si dia kecewa. Syukur sangat2 Ya Allah... Alhamdulillah.. cuti hari tu p umah kawan mak kenduri kahwin, lalu depan umah kawan lama. tetiba hati ase berdebar semacam.. huhu.. padahal dah takde feeling dah pun kat dia.

hati oh hati... mudahnya kau berubah.. menerima ayat Hlovate dalam novel dia Contengan Jalanan, "hati kita bukan kita yang pegang". memang benarlah.. Allah yang Maha Berkuasa membolakbalikkan hati manusia. kadang2 ana jadi tak percaya pada diri sendiri. sebab ana seorang yang tak tetap pendirian. sekejap itu sekejap ini.. selalu berubah. ana takut dengan sikap ana yang sebegini. moga Allah tetapkan pendirian dan keimanan ana. Amin.. 

jagalah hati kita sesungguhnya pandangan hati itulah yang hakiki...
setakat ini sajalah untuk kali ini.. cetusan hati luahan Cik Aada Greeny.. (^_*)