Tuesday, November 12, 2013

JENIS-JENIS ZINA DAN PENGHARAMANNYA

1. Zina al-lamam-Zina ain (zina mata) yaitu memandang lawan jenis dengan perasaan senang.

- Zina Qolbi (zina hati) yaitu memikirkan atau menghayalkan lawan jenis dengan perasaan senang kepadanya.

- Zina Lisan (zina ucapan) yaitu membincangkan lawan jenis dengan perasaan senang kepadanya

- Zina Yadin (zina tangan) yaitu memegang tubuh lawan jenis dengan perasaan senang kepadanya

2. Zina Sebenarnya Al-Lamam (Zina Yang Sebenarnya)

- Zina muhsan yaitu zina yang dilakukan oleh orang yang telah bersuami istri, hukumannya adalah dirajam sampai mati.

- Zina gairu muhsan yaitu zina yang dilakukan oleh orang yang belum bersuami istri, hukumannya adalah didera sebanyak 100X dengan menggunakan rotan.

Perbuatan zina adalah perbuatan dosa besar yang berakibat akan mendapatkan sangsi yang berat bagi pelaku.

Hadist - Hadist Tentang Zina

Hadits 1

لا يحل دم امرئ مسلم ، يشهد أن لا إله إلا الله وأني رسول الله ، إلا بإحدى ثلاث : النفس بالنفس ،والثيب الزاني ، والمفارق لدينه التارك للجماعة “

Seorang muslim yang bersyahadat tidak halal dibunuh, kecuali tiga jenis orang :
1. Pembunuh,
2. Orang yang sudah menikah lalu berzina,
3. Orang yang keluar dari Islam.(HR. Bukhari no. 6378, Muslim no. 1676)

Catatan : Para ulama menjelaskan bahwa hak membunuh tiga jenis orang di sini tidak terdapat pada semua orang.

Hadits 2

إن من أشراط الساعة :أن يرفع العلم ويثبت الجهل ، ويشرب الخمر ، ويظهر الزنا

“Tanda-tanda datangnya kiamat diantaranya: Ilmu agama mulai hilang, dan kebodohan terhadap agama merajalela, banyak orang minum khamr, dan banyak orang yang berzina terang-terangan(HR. Bukhari no.80)

Hadits 3

ان رجلا من أسلم ، جاء النبي صلى الله عليه وسلم فاعترف بالزنا ، فأعرض عنه النبي صلى الله عليه وسلم حتى شهد على نفسه أربع مرات ، قال له النبي صلى الله عليه وسلم : ( أبك جنون) . قال : لا ، قال : ( آحصنت ) . قال : نعم ، فأمر بهفرجم بالمصلى ، فلما أذلقته الحجارة فر ، فأدرك فرجم حتى مات . فقال له النبي صلى الله عليه وسلم خيرا ، وصلى عليه “

Ada seorang lelaki, yang sudah masuk Islam, datang kepada Nabi Shallallahu’ alaihi Wasallam mengakui dirinya berbuat zina.
Nabi berpaling darinya hingga lelaki tersebut mengaku sampai 4 kali. Kemudian beliau bertanya: Apakah engkau gila..?
Ia menjawab: ‘Tidak’.
Kemudian beliau bertanya lagi : ‘Apakah engkau pernah menikah..?
Ia menjawab: ‘Ya’.
Kemudian beliau memerintah agar lelaki tersebut dirajam di lapangan. Ketika batu dilemparkan kepadanya, ia pun lari.
Ia dikejar dan terus dirajam hingga mati. Kemudian Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam mengatakan hal yang baik tentangnya. Kemudian menshalatinya ” (HR. Bukhari no. 6820)

Hadits 4

لا يزني الزاني حين يزني وهو مؤمن “

Pezina tidak dikatakan mu’min ketika ia berzina.
(HR. Bukhari no. 2475, Muslim no.57)

Hadits 5

تغريب الزاني سنة “
Mengasingkan pezina itu sunnah.
(HR. Ibnu Hazm dalam Al Muhalla , 8/349)

Hadits 6

قال أبو هريرة : الإيمان نزه فمن زنافارقه الإيمان ، فمن لام نفسه وراجع راجعه الإيمان

Abu Hurairah berkata : Iman itu suci. Orang yang berzina, iman meninggalkannya. Jika ia menyesal dan bertaubat, imannya kembali. (HR. Ibnu Abi Syaibah dalam Syu’abul Iman)

SUBHANALLAH..

Semoga ALLAH senantiasa melindungi kita dan menjauhkan kita dari perbuatan zina. Aamiin

Silahkan Klik "SUKA" dan "BAGIKAN", Jika dinilai baik & bermanfaat bagi sahabat semua. Semoga menjadi kebaikan Kita semua.

(Cantumkan jika ada doa khusus, agar kami para jamaah bisa mengaminkannya)

Ya ALLAH...
✔ Muliakanlah orang yang membaca tausiah ini
✔ Entengkanlah kakinya untuk melangkah ke masjid
✔ Lapangkanlah hatinya
✔ Bahagiakanlah keluarganya
✔ Luaskan rezekinya seluas lautan
✔ Mudahkan segala urusannya
✔ Kabulkan cita-citanya
✔ Jauhkan dari segala Musibah
✔ Jauhkan dari segala Penyakit,Fitnah,Prasangka Keji,Berkata Kasar dan Mungkar.
✔ Dan dekatkanlah jodohnya untuk orang yang membaca dan membagikan tausiah ini.

Aamiin ya Rabbal'alamin

kopipes

Wednesday, September 18, 2013

DOA DI MAJLIS PERHIMPUNAN

DOA MAJLIS PERHIMPUNAN (1)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَوَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ

Ya Karim , Ya
Sesungguhnya kami berhimpun pada hari ini, bagi menyatakan kesyukuran di atas kurniaan-Mu yang tidak ternilai. Jadikanlah kami hamba-hamba-Mu yang sentiasa bersyukur sama ada nikmat yang sedikit lebih-lebih lagi nikmat yang melimpah ruah kepada kami .
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Sesungguhnya engkau Maha Mengetahui bahawa kami di sini ingin menimba ilmu-Mu yang sangat luas bagi mengembangkan potensi kami sebagai hamba-Mu yang engkau redhai.
Justeru berkati dan rahmatilah perhimpunan kami ini. Kurniakanlah kepada kami ilmu-Mu. Sinarilah hati-hati kami dengan cahaya dan hidayah-Mu. Semoga dengannya kami mudah menerima dan menghayati serta mengamalkannya.
Ya Zal Jalali Wal Ikram,
Kurniakanlah jua kepada kami kesihatan anggota, kecergasan minda, ketenangan jiwa, kekuatan semangat. Semoga dengannya kami mampu mendepani cabaran, berdaya saing dan mampu mengangkat martabat diri, keluarga, masyarakat dan negara.
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

DOA MAJLIS PERHIMPUNAN (2)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَوَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ

Ya Allah Ya tuhan kami, Tuhan yang menguasai langit dan bumi. Hanya pada-Mu sahaja kami panjangkan kesyukuran atas segala rahmat dan berkat-Mu.
Bersempena dengan perhimpunan ini kami mohon inayah dan taufik-Mu. Kurniakanlah kesejahteraan dan kebahagian serta kesihatan jasmani dan rohani. Bukakanlah hati-hati kami, lapangkanlah dada kami untuk menerima ilmu dan pengetahuan serta bimbingan para guru-guru kami yang kami kasihi.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kami memohon dengan kudrat dan Iradat-Mu. Berikanlah kekuatan dan ketabahan menghadapi perjuangan kami menimba dan mencari ilmu pengetahuan, anugerahkanlah kejayaan dan kecemerlangan kepada kami dalam semua ujian dan pencapaian.
Ya Allah Ya Zal Jalali Wal Ikram,
Tambahkanlah kepada kami kecintaan kepada segala kebaikan, Jadikanlah kami, guru-guru kami, pemimpin-pemimpin kami terus beristiqamah berkhidmat menabur bakti membangunkan umat dan masyarakat, bangsa dan agama.
Ya Allah ya tuhan kami! Jadikanlah negara kami sebuah negara yang mendapat limpahan rahmat dan nikmat. Kekalkanlah keamanan dan kemakmuran sepanjang zaman.
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

Tuesday, September 17, 2013

Berniaga dengan izin Allah

Assalamu'alaikum...

9 daripada 10 sumber rezeki adalah dari perniagaan.
Diharap pembaca dapat menyokong ana dalam membantu kakak ana berniaga.
InsyaAllah.. 
Moga dipermudahkan.
Ameen...
Mohon like dan share link dibawah.

Syuran jazeelan khairaaan khathirraa...
^_^

https://www.facebook.com/pages/Zaida_Shaklee-Shoponline/613887672005556

Tuesday, June 11, 2013

Penghidap Kencing Manis?? Nauzubillahiminzaliq....

Assalamualaikum...

hari ni ada buat pemeriksaan kesihatan percuma di PTJPP
ana ambil peluang LI kat sini dengan join sama program ni..
(alang-alang free lgpun tak pernah buat pemeriksaan kesihatan kan...) hehe
tapi................
ana tak harapkan result ni....
Ya ALLAH...
Ana terkejut sangat dengan result ni...
7.9 tahap gula dalam darah ana..
7.1 tahap kolesterol ana..
Ya ALLAH..
Takutnya..
harapnya result ni ralat la sebab ana baru lepas makan time tu..
hopefully...

Tuesday, June 4, 2013

HOME ALONE

Assalamualaikum...

lama bebenor ana rasa x update blog ana ni.
berzaman rasa.. hehe
sekarang ni ana masih menjalani praktikal kat pejabat tanah PTJPP
tinggal 3 minggu lagi ana kat sini.
tak sabar rasanya..
sambil2 tue ana kena siapkan thesis zakat pendapatan ana ni.
hehe..
home alone..
dah 3 hari ana duk sorang2 kat umah
my mom and sibling semua pergi Bangi and then dorang ke Sarawak
untuk majlis kahwin my second brother (abe chik)
semoga perjalanan mereka diberkati Allah. Aameen
sedih gak ana xdapat pergi sebab banyak keje ana xsettle lagi.
16-27 jun ni dah nak kena viva...
ana takut tak sempat kalau ana g juga..

sepanjang ana duk sorang2 kat umah ni
Alhamdulillah, xde benda yang menakutkan 
tapi ada 1 yang sdikit menyedihkan ana
anak kucing ana mati sekor...
balik keje smalam ana dikejutkan dengan kematian kucing ana itu..
:(
bertuahnya jadi kucing..
boleh masuk syurga..
tak perlu dihisab..
ana banyak dosa..
moga Allah ampuni dosa2 ana insan yang banyak berdosa ini.
semoga Allah rahmati & berkati umat Islam sekalian..
semoga kita semua diberi taufiq dan hidayah-Nya
Aameen...

Monday, March 18, 2013

Industrial Training @ PTJPP (^_^)

Assalamualaikum...

lamanya x update n buka blog nie..
xde masa..
sekarang nie ana dah masuk semester 6 
sem ni ana x perlu pergi class,,
sebabnya sem ni ana perlu buat latihan industri atau kata lainnya praktikal
di samping ana perlu lakukan project paper a.k.a thesis 
ana praktikal x jauh pun dari rumah 
even lari sikit dari course ana
tapi takpelah..
as long as ana dapat grab ilmu baru dan improve diri ana ni,
itu dah cukup.
ramai yang pandang negatif bila ana tak praktikal dekat bank2 
@ syarikat takaful tapi nak buat macam mana, xde rezeki kat situ..
biarlah ape orang nak kata..
as long as ana buat benda yang betul, ana tak kisah..
ana hepi kat sini..
dengan staff-staff yang peramah dan banyak bg tunjuk ajar. 

Alhamdulillah...

istiqarahcintaadagreeny
Cik Aada Greeny ngan Safura Fida dan akak-akak staff @ PTJPP
yang baju merah tu kak Noor, baju ungu tu kak Ani dan baju biru muda tu kak  Nurul...

istiqarahcintaadagreeny
Cik Aada Greeny dan akak-akak staff PTJPP.. ^_^

Sunday, January 13, 2013

Indahnya Kesabaran...









indahnya kesabaran..

Ya Allah,
kurniakan ak kesabaran yg tinggi dalam menghadapi ujianMu
ingatkan ak tentang setiap ujian itu adalah tarbiyah dari Mu
dan setiap masalah itu akan hilang dengan izinMu
tidak mungkin sesuatu yang terjadi itu sia-sia
ku yakin pasti ada hikmah di sebalik sesuatu kejadian itu..
terima kasih Ya Allah,
ampuni hambaMu ini Ya Allah..
bersihkanlah hati ini Ya Allah dr segala kesakitan, kekotoran, hasad dengki dan segala kejahatan Ya Allah..
ikhlaskan hati ini menghadapi segalanya dengan tenang...

Amin Ya Rabbal'alamin...

::  menunggu paper terakhir utk semester ini.. RM... Harap dapat buat yang terbaik. Amin... ::