Friday, August 19, 2011

김 사 랭 >>


랭...
hehe.. inilah nama korea yang ana pilih sejak dari sekolah menengah lagi... Kim Sa Rang... Saje je.. dari form 1 lagi ana minat Korea.. minat drama korea, lagu korea.. suka tengok gambar kartun muslimah pakai hanbok.. cantik sangat2... *hanbok~pakaian tradisional Korea

Kim Sa Rang.. nak tau nape ana pilih nama ni? sebab Sarang, 사 adalah perkataan Korea pertama yang ana tahu yang bermaksud Cinta... huhu.. Cinta pula mempunyai maksud yang meluas terpulang pada individu menilainya.. Chewah, ayatlah pulak Adagreenrose malam ni.. huhu.. Kim plak merupakan alphabet pertama yang ana tulis.. 김.. Semua ini ana belajar secara tak lansung melalui drama2 Korea.. huhu

Ana teringin sangat pakai hanbok.. suatu hari nanti ana nak mencubanya, insyaALLAH.. kalau dipanjangkan umur.. barangkali di hari perkahwinan ana.. hehe.. berangan je ana ni.. tapi tak salahkan ana berangan.. (^_^)















Doa Kahwin>>

Alhamdulillah, tahun ini, ramai sahabat dan kawan ana melangsungkan perkahwinan.. tahniah buat mereka.. sebut pasal perkahwinan, bulan lepas ada sorang kawan datang umah bagi kad jemputan.. kawan yang lain biasanya jemput melalui e-mail, facebook, sms tapi sahabat ana ini tidak. Dia sanggup datang sendiri ke rumah ana. Alhamdulillah, insyaALLAH awal bulan 9 nanti dia akan menamatkan zaman bujang nya.. Alhamdulillah..  Semoga dia berbahagia hingga ke syurgaMu Ya Allah.. Amin..

Antara doa-doa perkahwinan yang menjadi sumber keberkatan pasangan pengantin baru ialah seperti yang ana kongsikan dibawah ini..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
“Semoga Allah SWT menghimpunkan yang terserak dari keduanya, memberkati mereka berdua dan semoga Allah SWT meningkatkan kualiti keturunan mereka, menjadikannya pembuka pintu-pintu rahmat, sumber ilmu dan hikmah serta pemberi rasa damai”
~ini doa Nabi Muhammad SAW pada pernikahan Puteri Baginda Fatimah Az-zahrah dengan Saidina Ali bin Abi Talib RAH


Ya Allah Ya Tuhan Kami..
“Kami mohon limpah kurnia Mu, berkatilah majlis ini semoga berjalan dengan sempurna sepertimana yang Engkau Kehendaki. Limpahkanlah barakah dan rahmat jua keampunan Mu kepada pasangan suami isteri ini. Jadikanlah rumah tangga mereka sakinah, mawaddah dan warahmah dalam ketaatan terhadap-Mu.
Kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah serta berikanlah ketenangan kepada mereka di dunia dan juga di akhirat. Sempurnakanlah iman serta agama mereka dengan berkat ikatan ini. Moga perkongsian hidup mereka berkekalan hingga ke akhir hayat”


Ya Allah Ya Tuhan kami..
" satukanlah hati kedua mempelai ini seperti Engkau satukan hati Adam dan Hawa, Yusuf dan Zulaikha dan seperti Engkau satukan hati Muhammad SAW dan Siti Khadijah. Semoga ALLAH SWT memberkati kamu berdua kebaikan dan keberkatan  di dunia dan di akhirat" Amin Ya Rabb~~


Semoga sahabat-sahabat semua berbahagia selalu.. sayang kamu kerana Allah Taala..










Sekadar renungan bersama....... (^_^)

bersyukurlah andai kita dipertemukan dgn org2 yang baik akhlaknya kerana kita mungkin seorang yang baik, jika dpertemukan dgn org2 yg tdk baik akhlaknya, jgn mengeluh atau marah tetapi tiliklah diri kita dahulu... adakah kita seorang yang baik?? setiap manusia pasti melakukan kesilapan, tiada yang sempurna melainkan junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW.. Sekadar renungan bersama~~ (^_^)