Friday, April 13, 2012

Sakit ... Sabar..


Bagaimana kalau kita mendapat tahu bahawa kita mempunyai penyakit yang kronik dan sukar untuk dirawat? Apa yang kita akan lakukan? Meratapinya? 


Tidak.. sepatutnya tidak begitu.. kita perlu ingat, setiap sesuatu itu datangnya dari Allah. Sepatutnya kita bersyukur Allah sudi uji kita dengan cara tu. Sesungguhnya ia akan lebih mengingatkan kita kepada mati. Dan seterusnya dapat kita meningkatkan lagi amal ibadat kita kepada-Nya agar kita berpeluang menemui-Nya selepas meninggal dunia nanti. Bergembiralah wahai orang-orang beriman. Allah telah janjikan syurga bagi hamba-Nya yang bertakwa dengan sebenar-benar takwa.


Sedarlah kita bahawa semua manusia akan mati. Semua yang ada di dunia ini akan musnah, tiada yang abadi. Semasa sihat, bersyukurlah selalu kepada-Nya. Tiada sesuatu pun perkara yang berlaku sama ada detik ini, masa lampau adalah sia-sia. Jadi, kita perlu istiqamah selalu, berusaha selagi terdaya, berdoa dengan tawaduk, dan berserah atas ketentuan-Nya. Yang baik adalah ujian dari-Nya untuk menguji tahap mana hamba-Nya bersyukur dan yang buruk adalah ujian bagi umat-Nya untuk mengukur ketebalan iman dalam diri masing-masing. Bersabarlah wahai hati..


Ingatlah, wahai saudara ku, setiap sesuatu yang berlaku itu adalah dari-Nya. Tidak akan bertiup angin tanpa izin-Nya, tidak akan gugur sehelai daun tanpa izin-Nya.

Allah Maha Berkuasa.. Marilah kita sama-sama muhasabah diri agar dapat menjadi hamba yang lebih bertakwa untuk menggapai cinta-Nya.


Insya-Allah..

Amin..


~Aada Greeny