Thursday, February 23, 2012

At least kena tau pasal agama noo...




Kita mesti berpijak pada realiti. Bukan hanya angan-angan indah nak nikah.

"Jangan hanya tahu segera nak nikah, tapi kena segera lakukan persediaan untuk menikah."

Anda bukan hanya menikahi someone yang anda suka, hakikatnya anda menikahi tanggungjawab-tanggungjawab berat. Tanpa persediaan, pasti rumahtangga pincang. Sedangkan institusi rumahtangga adalah pusat tarbiyah utama yg penting dalam menghasilkan produk Muslim yang bermutu tinggi. Jika ketua keluarga pun kurang berkualiti dek kurang persediaan itu ini, bagaimana nak lead sebuah keluarga Mukmin?

Persediaan; sekurang-kurangnya tahu agama dan boleh beri nafkah.

~Syababmusafirkasih~

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W

Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah
Tahun 10 Hijirah yang di Lembah Uranah, Gunung Arafah

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih saying. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.

Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, MENYAMPAIKAN pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.

Menulis>>> Boleh ker?

assalamualaikum wbt...
lama sungguh ana tak mengupdate blog ana ni. yerla, masa byk hbskan dengan membaca sepanjang cuti semster ni. disebabkan ana dapat percuma baucer buku sebanyak RM200 sumbangan ikhlas kerajaan Malaysia kpd ana dan kawan2 yg bergelar student IPT ni.. Syukur sangat2 ana jadi rajin beli novel dan buku-buku agama sebanyak ni (lebih kurang 4 biji novel dan 4 biji buku agama) dalam satu masa.. huhu.. sebelum ni nak harapkan ana beli buku 1 bijik setahun tu dah kira ok.. huhu..

ana ada terbaca dalam salah satu buku agama yang ana baru beli hasil tulisan penulis Indonesia, Jamal Ma'mur Asmani yang bertajuk Ya Allah... Tiba-tiba Kini Saya Telah Tua!. Beliau ad memberi tips untuk menjadi orang pintar didalam buku itu. dan antara salah satu tips yang menarik minat ana ialah Menulis. bukan sebab ana minat menulis tapi memang terbukti benar bg ana. sebabnya menulis adalah cara kita berkomunikasi malah ia lebih kekal berbanding kita bercakap atau berceramah. dan menurut Zainal Abidin Thoha di dalam Aku Menulis, Maka Aku Ada yang berbunyi:

Dengan meulis aku ada
Dengan menulis aku hidup
Dengan menulis aku membaca
Dengan menulis aku dibaca
Dengan menulis aku mengetahui
Dengan menulis aku diketahui
Dengan menulis aku faham
Dengan menulis aku difahami
Dengan menulis aku menghargai
Dengan menulis aku dihargai
Dengan menulis aku berubah
Dengan menulis ake mengubah 
Dengan menulis aku beribadah
Dengan menulis aku berdakwah
Dengan menulis aku bersaudara
Dengan menulis aku mengabdi
Dengan menulis aku jadi diri sendiri.

benar... memang benar.. ana akuinya.. tapi setakat tulis diari dan notes utk diri senndiri tu ana masih mampu. tapi untuk bacaan berguna bagi orang awam.. ana x yakin lg. ana respect dengan seorang sahabat ana, dia berjaya menjadi novelis dan dikenali ramai. Alhamdulillah.. rezeki dia.. ana berharap CT @ nama penanya Siti Nur Dhuha sentiasa berjaya dengan cemerlangnya. dan ana akan cuba berjinak2 untuk menulis sesuatu yang berguna buat bacaan umum.. InsyaALLAH... Amin..