Wednesday, December 21, 2011

Akan berakhir... insyaALLAH..

ALHAMDULILLAH 3X...

berakhirnya hari ini bermakna berakhirlah sesi pembelajaran ana pada semester ini.. cuma ana dan kawan2 perlu struggle untuk final paper je.. Alhamdulillah, skrip dan lakonan arab pun dah siap. cuma tunggu time nak print and burn dalam cd je. hari ni dah boleh submit ke Ustaz Zul dah.. yang paling ana lega sangat2 ana dah selamat presentation 2 bel.. kalau tak lepas yang tu, mmg hati ni tak tenang. 

secara conclusionnya utk semester ni, ana enjoy belajar walaupun kdg2 stress sebab byk presentation n test. kadang2 ada yg srentak dan hari sama perlu buat semua tu tapi Alhamdulillah, dapat harunginya dgn baik. banyak kenangan manis semester ini. Alhamdulillah, ana akan ingati kenangan manis, yang pahit ana mahu lupakan dan ambil ia sebagai pengajaran utk masa akan datang. 

betul, ana tak menyesal ambil cos Perbankan Islam ni. biar orang kata apa pun, cos ni susah nak dapat kerja pun. niat utama ana ambil cos ni bukan nak kerja kt bank ke mana2. sebab ana tahu, cos ni banyak bantu ana ilmu dunia dan akhirat. balance dua-dua tu. 

BM229 3C... class ana semester ni.. mahu kekalkan class C ni sampai bila2.. hehe.. actually sejak di Machang lagi ana tak lari dari class C.. ada apa pada C erk??wallahualam...


yus, dayah, shera, jiha, mariah, J

boys in BM2293C

girls...

we as organizers

suke gambar ni.. ikhlas..

Thursday, December 15, 2011

3 JeNiS CiKgU DaLAm dUnIA >>

1. Cikgu terbaik dalam hidup : pengalaman

Ini merupakan cikgu yang terbaik dalam

hidup kita semua. Hal ini kerana, daripada
pengalaman akan mengajar kita erti hidup,
menjadi lebih matang, dan mendewasakan
kita.

Tanpa pengalaman, kita tidak mampu untuk

maju ke hadapan, mahupun berubah lebih
baik daripada sebelum ini.


2. Cikgu teristimewa dalam hidup : ibu bapa


Ibu bapa merupakan cikgu yang terindah

dalam hidup kita kerana merekalah yang
mengajar kita tentang erti kehidupan
daripada kita kecil sehinggalah dewasa.

Tanpa mereka, tiadalah kita. Bukan itu

sahaja, ibu bapa akan mengajar kita
tentang manis dan pahitnya kehidupan
ini kerana mereka telah matang dalam
hal itu.

Jadi, kita gunakan segala yang diberikan,

untuk membimbing diri sendiri dalam
meneruskan kehidupan.


3. Cikgu terindah dalam hidup : tenaga pengajar


Pensyarah-pensyarah, cikgu sekolah

rendah mahupun menengah, dan
kesemua yang pernah mendidik kita,
cukup terindah dalam hidup ini.

Hal ini kerana, mereka telah bersusah

payah dalam membanting tulang empat
kerat mereka, dalam mendidik kita
supaya kita berjaya dalam kehidupan.

Dengan semua ini, kita boleh terus maju

kehadapan dengan ilmu yang dibekalkan
dan mengamalkan dalam kehidupan kita.

Hargailah mereka sementara masih ada,

hidup ini hanyalah sementara, bukan
selama-lamanya.

TERIMA KASIH CIKGU-CIKGUKU... :)

Monday, December 5, 2011

Isnin.. 9 Muharam 1433 Hijriah... dAn bUbUr aSyUrA??

Alhamdulillah, Allah masih izinkan ana bernafas di bumiNya pada hr ni.. hari ni dah 9 Muharam dah.. Esok dah 10 Muharam, Hari Asyura dimana kita disunatkan berpuasa pada hari itu.. sebut kata hari asyura, ana teringat time kecik2 dulu. kt kg ana selalu aje sambut hari asyura dengan mengacau bubur 'Asyura' atau orang kelantan panggil 'sugho'.. betul x eja, ana tak thu.. tapi yang seronoknya.. best sgt time tu.. dapat mkn time panas2 lg..

sekarang dah susah nk jpe orang buat bubur Asyura ni kt kg ana.. nak jpe bubur asyura pun susah.. ni nasib baik ana belajar kt UiTM, adalah juga dpt merasa sikit2 bila U anjurkan program mengacau bubur Asyura.. teringat time diploma di Machang dulu, ana pernah jadi wakil Kolej THO dan TDM mengacau bubur Asyura.. xmudah tapi seronok bila buat ramai2.. masa budak2 kt kg dulu juz tgk pakcik makcik je yang buat.. xde pengalaman lansung tp kira Alhamdulillah.. masuk UiTM dapat byk pengalaman baru. (^_^)


kenangan  terindah kat UiTM Machang

Friday, December 2, 2011

FB OWH FB.. barrier or saviour?

selamat pagi jumaat 6 Muharam 1433 Hijriah.. semoga ceria2 selalu.. hehe.. pagi ni ana semangat bangun pagi2 rancang nak jogging n study. tapi cancel jogging sebab malas jogging sorang2, housemates semua tido lg pas semayang subuh td..., then study Qmt 2 soalan pastu stop. entahlah, internet ni barrier terbesar ana dalam pelajaran ni. adoi, tp style ana study sambil dengar lagu, so, ana knalah selalu buka laptop untuk dengar lagu. al-maklumlah nak dengar ngan fon pun xboleh sebab fon terlampau canggih kan..'purpleberry' gtu.. konfem korang semua xde fon ni.. hahaha. tapi masalahnya, bila ana buka laptop, automatik wifi to connect sendiri n then buat ana tertanya-tanya.. "ape perkembangan terbaru fb ana eh?", ".. ape lagi... layan la fb.. fb sejam equal study seminit..

adoi, camne nak overcome this situation? nk deactivate account, berat hati la.. tanpa fb, ana tak dapat nk tgk perkembangan family n kawan2. bukan apa.. kawan-kawan sekelas byk share info ttg pelajaran @ kerja projek dalam fb n tak semua contact number kawan sekelas ana simpan. so, biasenya kitaorang berhubung terus mlalui fb or ym.. tak pakai fb sekarang rasa susah, macam tak tahu perkembangan dunia dah.. what can i do? ottokajji??

p/s: ok ke tak sebenarnya fb atas kita sendiri je.. kalau kita guna ngan cara yang betul, baiklah kesannya.. and then sebaliknya.. (chewah, motivate diri sendiri..) so, ana teruskan niat guna fb and then hanya akan deactivate dengan izin ALLAH..

haa.. nilah dia pengasas FB...