Thursday, December 15, 2011

3 JeNiS CiKgU DaLAm dUnIA >>

1. Cikgu terbaik dalam hidup : pengalaman

Ini merupakan cikgu yang terbaik dalam

hidup kita semua. Hal ini kerana, daripada
pengalaman akan mengajar kita erti hidup,
menjadi lebih matang, dan mendewasakan
kita.

Tanpa pengalaman, kita tidak mampu untuk

maju ke hadapan, mahupun berubah lebih
baik daripada sebelum ini.


2. Cikgu teristimewa dalam hidup : ibu bapa


Ibu bapa merupakan cikgu yang terindah

dalam hidup kita kerana merekalah yang
mengajar kita tentang erti kehidupan
daripada kita kecil sehinggalah dewasa.

Tanpa mereka, tiadalah kita. Bukan itu

sahaja, ibu bapa akan mengajar kita
tentang manis dan pahitnya kehidupan
ini kerana mereka telah matang dalam
hal itu.

Jadi, kita gunakan segala yang diberikan,

untuk membimbing diri sendiri dalam
meneruskan kehidupan.


3. Cikgu terindah dalam hidup : tenaga pengajar


Pensyarah-pensyarah, cikgu sekolah

rendah mahupun menengah, dan
kesemua yang pernah mendidik kita,
cukup terindah dalam hidup ini.

Hal ini kerana, mereka telah bersusah

payah dalam membanting tulang empat
kerat mereka, dalam mendidik kita
supaya kita berjaya dalam kehidupan.

Dengan semua ini, kita boleh terus maju

kehadapan dengan ilmu yang dibekalkan
dan mengamalkan dalam kehidupan kita.

Hargailah mereka sementara masih ada,

hidup ini hanyalah sementara, bukan
selama-lamanya.

TERIMA KASIH CIKGU-CIKGUKU... :)

No comments:

Post a Comment