Friday, August 19, 2011

Doa Kahwin>>

Alhamdulillah, tahun ini, ramai sahabat dan kawan ana melangsungkan perkahwinan.. tahniah buat mereka.. sebut pasal perkahwinan, bulan lepas ada sorang kawan datang umah bagi kad jemputan.. kawan yang lain biasanya jemput melalui e-mail, facebook, sms tapi sahabat ana ini tidak. Dia sanggup datang sendiri ke rumah ana. Alhamdulillah, insyaALLAH awal bulan 9 nanti dia akan menamatkan zaman bujang nya.. Alhamdulillah..  Semoga dia berbahagia hingga ke syurgaMu Ya Allah.. Amin..

Antara doa-doa perkahwinan yang menjadi sumber keberkatan pasangan pengantin baru ialah seperti yang ana kongsikan dibawah ini..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
“Semoga Allah SWT menghimpunkan yang terserak dari keduanya, memberkati mereka berdua dan semoga Allah SWT meningkatkan kualiti keturunan mereka, menjadikannya pembuka pintu-pintu rahmat, sumber ilmu dan hikmah serta pemberi rasa damai”
~ini doa Nabi Muhammad SAW pada pernikahan Puteri Baginda Fatimah Az-zahrah dengan Saidina Ali bin Abi Talib RAH


Ya Allah Ya Tuhan Kami..
“Kami mohon limpah kurnia Mu, berkatilah majlis ini semoga berjalan dengan sempurna sepertimana yang Engkau Kehendaki. Limpahkanlah barakah dan rahmat jua keampunan Mu kepada pasangan suami isteri ini. Jadikanlah rumah tangga mereka sakinah, mawaddah dan warahmah dalam ketaatan terhadap-Mu.
Kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah serta berikanlah ketenangan kepada mereka di dunia dan juga di akhirat. Sempurnakanlah iman serta agama mereka dengan berkat ikatan ini. Moga perkongsian hidup mereka berkekalan hingga ke akhir hayat”


Ya Allah Ya Tuhan kami..
" satukanlah hati kedua mempelai ini seperti Engkau satukan hati Adam dan Hawa, Yusuf dan Zulaikha dan seperti Engkau satukan hati Muhammad SAW dan Siti Khadijah. Semoga ALLAH SWT memberkati kamu berdua kebaikan dan keberkatan  di dunia dan di akhirat" Amin Ya Rabb~~


Semoga sahabat-sahabat semua berbahagia selalu.. sayang kamu kerana Allah Taala..










No comments:

Post a Comment