Saturday, September 17, 2011

< reNunG-rEnUngKaN>


Ayat yang seringkali kita dengar dari orang yang mengaku Islam di dalam dirinya:
1. "Hati kami baik walaupun kami tak tutup aurat."
2. "Orang yang solat belum tentu baik."
3. "Orang berpuasa belum tentu sembahyang."
4. "Wanita yang tutup aurat belum tentu baik."

Jawapannya adalah:
1. Adakah hati itu baik dan sihat jika melanggar perintah Allah s.w.t?
2. Orang yang baik tentu akan solat.
3. Orang yang solat sudah tentu berpuasa.
4. Wanita yang baik sudah tentu tutup aurat.

Thursday, September 15, 2011

Dungun oh Dungun.. hari ke-8>>>

hari ni masuk hari ke 8 ana berada di dungun..  lama ana tak update blog ni dek terlampau busy.. huhu. Alhamdulillah, pg ni ana takde class sebab semua lcterer meeting pg ni and esok dan lusa cuti.. dapat relaks sikit tapi sekejap jer la.. minggu depan mesti busy ngan study n nak cari buku2 rujukan.. hari ni insyaALLAH ana nk pergi bandar dungun.. boring sikit bila housemate ada class pg ni n then semua classmates (yang baru kenal dan rapat la) balik negeri masing-masing.. ana pun teringin nak balik sama tapi takut perasaan rindu kat kg bertambah bila dtg cni balik, so, cancel la.. lgpun tiket pergi balik dungun ke kelate hampir rm50 tu.. ish3.. ana bukan org berada, datang belajar pun sebab kakak 2 org yang support.. kalau tak setakat diploma tu ajelah jawabnya yang mampu ana belajar..  banyak benda gak ana nak komen ttg dungun ni tapi ana sedar tak patut memburukkan tempat org.. org kata kat mana kita berada kita kna ikut setiap rules kat tempat itu, bak kata Rektor UiTM Kampus Terengganu, "masuk kandang lembu kita mengebah, masuk kandang kambing kita mengembek". ish3, lama betul tak belajar perumpamaan Melayu ni.. paling akhir belajar pun rasanya 6 tahun lepas masa SPM.. terima kasih tuan rektor mengingatkan saya balik.. walau dimana berada, dengan siapa, ana akan positif.. Moga Allah kuatkan iman dan tabahkan diri ini menghadapi dugaan dan cabaran kehidupan.. amin..

Sunday, September 4, 2011

Jiwa Bercelaru>>

hbs je bln puasa ana rasa tak best.. hari ni kak  dan abg nak balik ke tempat kerja masing2 dah.. entah kenapa sehari dua ni ana rasa jiwa tak tenteram.. ana rasa macam tak sedap hati.. mungkin sebab ana tak bersedia lagi meninggalkan kampung ana.. ana takut untuk berdepan masa depan.. Ya ALLAH, kuatkan iman ak.. sabarkan ak dalam menempuh ujian dan dugaan.. banyak masalah ana rasakan.. Ya ALLAH, tabahkan ak.. amin..

Thursday, September 1, 2011

<<< Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432 H + Selamat Hari Kebangsaan ke-54 >>>

Alhamdulillah, hari ni bersamaan 3 Syawal 1432H, ana masih dipanjangkan umur untuk melihat dunia ini.. Selamat Hari Raya buat semua muslimin muslimah sekalian.. setelah sebulan berpuasa, kita dapat meraikan Aidilfitri dalam keadaan aman dan tenteram.. Alhamdulillah.. Juga selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 54 tahun buat tanah air ku.. Malaysia.. Alhamdulillah, jarang sekali kita dapat menyambut Raya+Merdeka serentak begini.. semoga Malaysia terus aman Ya Allah...AMIN..

Thursday, August 25, 2011

eMpAt dArJaT MaNuSIa>>

1)    Manusia yang tahu dan dia tahu apa yg dia tahu. Yang demikian itu ialah manusia yang berilmu yang boleh dijadikan pemimpin

2)    Manusia yang tahu tetapi dia tidak tahu apa yang dia tahu. Orang yang demikian sedang tertidur dan dia perlu dibangunkan

3)    Orang yang tidak tahu dan dia tidak tahu dia tidak tahu. Orang yang demikian perlu dibimbing supaya dia menjadi lebih cerdas.

4)    Orang yang tidak tahu dan dia tahu bahawa dia tidak tahu. Orang demikian haruslah dijauhi."

4 CIRI PEREMPUAN YANG BAIK>>


(^_^)   Perempuan yang cepat nikah (kahwin)

(^_^)  perempuan yang ramai anak

(^_^)  perempuan yang rendah (sedikit) mas kahwinnya

(^_^) Perempuan yang baik akhlaqnya:-

~   Baik terhadap suami/ibubapanya,anak- anak

~   Tidak mengumpat terhadap jiran-jiran atau rakan-rakan

~   Sabar dalam menempuan dugaan Allah

~  Tidak berhias semasa keluar rumah.(berhias hanya utk suami)

~   Tidak memaksa suami mengikut kehendaknya

~   Syukur terhadap pemberian suami walaupun ianya sedikit tidak disuka

~   Bercakap mengenai perkara-perkara berfaedah

~   Taat terhadap suami

~     Diam ketika suaminya berbicara

~    Tidak keluar rumah tanpa izin suami

~   Baik pergaulan dengan rakan serta jiran tetangga




8 SEBAB WANITA Cantek BERTUDUNG>>

ayunye.. dahla bertudung+cantik pula tu..





‎(¯`´¯) ..•¨`*♫ ✿ ܓ
´*.¸.•´♥
●/
/▌
/ \

.........
(✿◠‿◠) Tuntutan agama

●❤● Putri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. “Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.
Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?*Rasulullah menjawab, “Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan mahramnya.

*•.¸¸.•**•.¸¸.•* (¸.•'´ (¸.•'´*¤* `'•.¸) `'•.¸) `*•.¸¸.•*♥♥

(✿◠‿◠) Mengurangkan dosa

●❤● Sehelai rambut yang diperlihat kepada seorang lelaki, satu dosa anda dapat. Kalau sehelai rambut sengaja diperlihat kepada 10 lelaki maka 10 dosa anda dapat. Tahukah berapa ribu helai rambut anda? dan tahukah berapa ribu lelaki yang anda hadapi setiap hari?.

*•.¸¸.•**•.¸¸.•* (¸.•'´ (¸.•'´*¤* `'•.¸) `'•.¸) `*•.¸¸.•*♥♥

(✿◠‿◠) Lebih pintar dan tenang

●❤● Kepala yang dilindungi tudung akan lebih selesa, cuaca panas dapat dilindungi melalui pemakaian tudung. Kepala yang sihat dan selesa akan mendorong kelancaran perjalanan darah di otak, otak akan dapat berfikir dengan cepat dan baik.

*•.¸¸.•**•.¸¸.•* (¸.•'´ (¸.•'´*¤* `'•.¸) `'•.¸) `*•.¸¸.•*♥♥

(✿◠‿◠) Tidak membazir

●❤●Tidak perlu pening-pening kepala membazirkan masa nak luruskan rambut, warnakan rambut dan membazirkan wang membeli shampu, pewarna rambut yang mahal atau pergi ke salun.

*•.¸¸.•**•.¸¸.•* (¸.•'´ (¸.•'´*¤* `'•.¸) `'•.¸) `*•.¸¸.•*♥♥

(✿◠‿◠) Lebih sopan dan manis

●❤● Lebih 98% lelaki mengakui wanita bertudung nampak lebih sopan dan manis. (Jadi wanita2 nie ada value added sebenarnya)

*•.¸¸.•**•.¸¸.•* (¸.•'´ (¸.•'´*¤* `'•.¸) `'•.¸) `*•.¸¸.•*♥♥

(✿◠‿◠) Rambut lebih tahan lama dan sihat

●❤● Fakta: Rambut yang terdedah kepada sinaran UV akan merosakkan rambut. Walaupun anda memakai syampu pelindung, hakikatnya syampoo itu sendiri mengandungi bahan kimia yang merosakkan.

*•.¸¸.•**•.¸¸.•* (¸.•'´ (¸.•'´*¤* `'•.¸) `'•.¸) `*•.¸¸.•*♥♥

(✿◠‿◠) Menjadikan diri anda “Mahal”

●❤● Kebanyakan lelaki berpendapat bahawa wanita bertudung ibarat buah epal yang sedang masak ranum di pokok tetapi sukar dicapai kerana kedudukannya yang tinggi di puncak pokok berbanding epal-epal lain.

*•.¸¸.•**•.¸¸.•* (¸.•'´ (¸.•'´*¤* `'•.¸) `'•.¸) `*•.¸¸.•*♥♥

(✿◠‿◠) Lebih dihormati

●❤● Wanita bertudung lebih dihormati ramai, setiap tutur katanya menjadi panduan dan kesopanan serta sifat merendah diri menjadikan anda begitu dikagumi..



InsyaAllah,Amin ya Allah..Jom sama2 kita bertudung dengan SEMPURNA!!!~

Tuesday, August 23, 2011

23 Ramadhan 1432H...

Assalamualaikum...
hari ini bersamaan 23 Ogos 2011.. Sejak dari malam tadi dan sampai sekarang, lebih kurang pukul 4:20 pg, hujan turun di kampung ana.. alhamdulillah.. hujan rahmat.. tapi satu je la dugaan yang terpaksa ana dan keluarga hadapi sekarang.. terpaksa berperang dengan nyamuk.. hehe.. hujan2 ni nyamuk banyak berbanding cuaca biasa.. sabar sabar.. ciun anak buah ana,aqil danish.. dia demam.. ana tak boleh tengok budak 1tahun lebih demam.. tak sanggup.. kita yang dah besar ni pun tak larat time demam apalagi dia kanak2..

hari ni dah 23 Ramadhan.. Ya Allah, cepatnya dah nak habis bulan Ramadhan.. ya Allah, bertambah debaran ana ni.. bukan debaran nak kahwin ke apa, selepas raya ana akan sambung pengajian di UiTM Dungun.. ADOI, ana rasa berdebar bila first time ana belajar jauh sikit dari negeri ana.. 1 lagi di peringkat lebih tinggi dari sebelum ni. walaupun ana kalau nak dicompare kan dengan kawan2 time sekolah rendah dulu, dikira paling corot ana tetap berdebar, ijazah akan mengajar ana betul2 erti berdikari, penuh cabaran.. first time ana terpaksa duduk rumah sewa (sebelum ni tak pernah ada pengalaman, bub duk kolej masa diploma dulu), terpaksa cari housemate( harap2 dapat housemate ok2 je) dan persekitaran baru...

ana lebih suka belajar di kawasan pedalaman.. macam Machang, Kedah dan Segamat.. tenang untuk belajar, tak tau la dungun pasni mcm mana.. kalau Machang dulu ok je suasana dia. bukit, kg n sawah padi.. semua tu ana suka.. ana tak kisah kalau org kata ana ni kekampungan sebab ana memang orang kampung, anak jati Kg Jeram Pasir Puteh Kelantan.. Soul ana memang di kampung, ana bangga ada kampung. harap ada tetap dengan pendirian ini biarpun berada jauh dari kampung.. Ya Allah, kuatkan imanku, teguhkan pendirian dan keyakinanku, jauhkan aku dari perkara-perkara yang Engkau murkai Ya Allah, berikanlah aku taufik dan hidayahMU dalam menyelesaikan sesuatu masalah.. AMIN..


Saturday, August 20, 2011

Saudaraku,...


Saudaraku yang sangat dicintai, apa yg kita cari didunia ini, harta? pangkat? pekerjaan? :) silakan... Tapi kita jangan lupa,kalau kita akan mati dan semua itu takkan bererti apa-apa kecuali amal ketaatan kita pada Allah.

Apakah gerangan yg membuat kita masih ragu untuk taat pada Allah? Bukankah kita sudah melihat tanah kubur? Yg akan jadi tempat tidur kita, beralas tanah beratap tanah.

dan itulah kenyataan saudaraku tercinta, kita pasti mati

JAGALAH SOLAT wahai saudaraku.. ( pesanan untuk diriku jua...)

~* ciri-ciri muslimah ideal *~

♫ MANIS mukanya tetapi BUKANNYA 'MENGADA-NGADA' 

♫ LEMBUT orgnya tetapi BUKANNYA LEMBIK

♫ TEGAS dirinya tetapi BUKANNYA GARANG 

♫ BERHUJAH dgn FIKRAH tetapi BUKANNYA KERAS KEPALA 

♫ TETAP pndiriannya tetapi BUKANNYA TDK MENERIMA PANDANGAN SEKELILING 

♫ BERLAPANG dada jiwanya tetapi BUKANNYA MENERIMA MAKLUMAT LALU TELAN   TANPA TANDA TANYA ..

~~semOga amalan yang dilakukan bernilai ibadah