Saturday, June 23, 2012

cobaan dan dugaan

Alhamdulillah.. 
Allah masih izinkan ana untuk hidup lg pada pg ini.. 
semalam berlaku kejadian yang memang tak dijangka oleh ana
kebiasaan yang ana lakukan menjadi sedikit luar biasa semalam...
Ya, Allah sembuhkanlah ana sebelum 1st final paper bermula.. 
takut..
semalam dengan senang hati ana dan rakan serumah ana, Zaza pergi ke kolej duyung utk berjumpa dengan kawan, hajat dihati nak tgk laut time balik. time nak balik tu jumpelah seekor kucing yang nampak jinak sangat2. kebiasaan ana sukakan kucing.. p la ana gosok2 dia.. xsangka plak dia agresif sangat lps tu.. digigit dan dicakarnya tangan kanan ana ni.. semuanya berlaku dalam sekelip mata. ana terkejut sangat2..mula2 ana igtkan gigitan dan cakaran tu biasa, tapi bila naik basikal ana rasa lain macam.. ana tgk tgn penuh darah dan membengkak.. Rupanya dalam juga gigitan kucing tu.. sakit sangat selepas tu.. jadi, plan kitaorang nak singgah pantai Teluk Gadung cancel. dengan bantuan Muni, Zaza dan Fizah, ana selamat dibawa ke Klinik Rakyat unt disuntik.. huhu.. hbs RM67 semalam... 
Alhamdulillah, Allah masih sihatkan ana. walaupun masih rasa sakit sedikit dan tangan ana tak dapat pegang sesuatu yang berat dan tak kuat, tak apela.. orang lain sakit dia lebih teruk sakit dia.. 
pasal duit yang bayar utk rawatan tu, tak membazir pun.. untuk kesihatan ana juga. memang la RM67 sedikit besar bagi ana student yang tak dapat pinjaman dan bantuan kewangan utk belajar dari mana2 pihak ni, tapi ana paling takut tak dapat jawab exam dengan baik jer semester ni disebabkan tangan ni bengkak2 dan sakit..banyak moral value yang ana terima drpd cobaan ini.. terima kasih Allah.. Alhamdulillah..


Thursday, June 7, 2012

                Alhamdulillah.

masih diberi peluang untuk bangun pada pagi ini.. hari ni ana bakal di uji dengan quizz untuk subjek Islamic Financial Planning. Alhamdulillah, Allah bg peluang pada ana untuk bangun awal dan study sikit2. walaupun tak banyak harap berguna untuk jawab quiz nanti. dek kerana tak sihat badan, otak ana tak dapat berfungsi ngan baik semalam. so, ana tido awal tanpa sempat menyentuh mihun tomyam yang dikirim kepada housemates. tapi syukur Allah masih beri peluang untuk ana bangun awal pagi ni dan study sikit. walaupun masih terasa sakit belakang ana ni, tapi harap sangat ia tak mempengaruhi ana menjawab pagi ini.. Ya Allahu Rabbi, permudahkan urusanku dalam mencapai ilmuMu yang luas sebelum mata ini terkatup rapat.. Amin..

Monday, June 4, 2012

Hati Oh Hati>>

Assalamualaikum...

lamanya ana tak buka lembaran buku hijau ana ni.. almaklumlah, nama pun student.. busy sesangat.. malam ni pun ada quiz eco tapi nak study time cenggini kepale ana dah tak trime dah.. alang2 buka laptop, update jer la blog sendiri..

semester ni benar2 mguji kesabaran dan kekuatan hati ana.. Allah jer yang tahu perasaan ana. nak tak nak ana kena hadapi juga situasi ini.. berharap Allah beri kekuatan dalam menjaga hati dan perasaan ni. semoga beri kesabaran untuk diri ini menjaga hati, lidah dari berprasangka buruk dan tidak menyakitkan hati orang lain.. Amin..  Cik Aada Greeny tersenyum tapi hati menangis.. tak mengapa. asalkan tak susahkan orang lain..

Alhamdulillah, dapat tahu dari mak, si dia dah berkahwin. tumpang gembira dan senang. at least, ana tak menjadi penyebab si dia kecewa. Syukur sangat2 Ya Allah... Alhamdulillah.. cuti hari tu p umah kawan mak kenduri kahwin, lalu depan umah kawan lama. tetiba hati ase berdebar semacam.. huhu.. padahal dah takde feeling dah pun kat dia.

hati oh hati... mudahnya kau berubah.. menerima ayat Hlovate dalam novel dia Contengan Jalanan, "hati kita bukan kita yang pegang". memang benarlah.. Allah yang Maha Berkuasa membolakbalikkan hati manusia. kadang2 ana jadi tak percaya pada diri sendiri. sebab ana seorang yang tak tetap pendirian. sekejap itu sekejap ini.. selalu berubah. ana takut dengan sikap ana yang sebegini. moga Allah tetapkan pendirian dan keimanan ana. Amin.. 

jagalah hati kita sesungguhnya pandangan hati itulah yang hakiki...
setakat ini sajalah untuk kali ini.. cetusan hati luahan Cik Aada Greeny.. (^_*)

Saturday, April 21, 2012

''ANDAI HARI INI AKU DIMAKAMKAN"

( Renungan untukku ,untukmu dan untuk kita semua )

Hari ini ku mati,

Perlahan...

Tubuhku ditutup tanah.

Perlahan...

Semua pergi meninggalkanku...

Masih terdengar jelas langkah² terakhir mereka,

Aku sendirian,

Di tempat gelap yg tak pernah terbayang,

Sendiri,

Menunggu pertanyaan malaikat...

Belahan hati,

Belahan jiwa pun pergi.

Apa lagi sekedar kawan dekat atau orang lain.

Aku bukan siapa² lagi bagi mereka...

Sanak keluarga menangis,

Sangat pedih,

Aku pun demikian,

Tak kalah sedih...

Tetapi aku tetap sendiri,

Disini, menunggu perhitungan.

Menyesal sudah tak mungkin.

Tobat tak lagi dianggap,

Dan maaf pun tak bakal didengar,

Aku benar² harus sendiri...

Ya ALLAH ,,

Jika Engkau beri aku 1 lagi kesempatan,

Jika Engkau pinjamkan lagi beberapa hari milikMU,

Untuk aku perbaiki diriku,

Aku ingin memohon maaf pada mereka...

Yg selama ini telah merasakan zalimku,

Yg selama ini sengsara karena aku,

Tersakiti karena aku...

Aku akan kembalikan jika ada harta kotor ini yg telah kukumpulkan,

Yg bahkan kumakan,

Yaa ALLAH Beri lagi aku beberapa hari milik-Mu,

Untuk berbakti kepada ayah & ibu tercinta...

Teringat kata² kasar & keras yg menyakitkn hati mereka,

Maafkan aku ayah & ibu, mengapa tak kusadari betapa besar kasih sayangmu,

Beri juga ya ALLAH aku waktu untuk berkumpul dgn keluargaku,

Menyenangkan saudara²ku..

Untuk sungguh² beramal soleh.

Aku sungguh ingin bersujud dihadapan-Mu lebih lama lagi..

Begitu menyesal diri ini.

Kesenangan yg pernah kuraih dulu,

Tak ada artinya sama sekali...

Mengapa kusia²kan waktu hidup yg hanya sekali itu...?

Andai aku bisa putar ulang waktu itu...

Aku dimakamkan hari ini,

Dan ketika semua menjadi tak termaafkan,

Dan ketika semua menjadi terlambat,

Dan ketika aku harus sendiri...

Untuk waktu yg tak terbayangkan sampai yaumul hisab & dikumpulkan di Padang Masyar...

Ya RABB sampaikan salamku untuk sahabatku yang selalu mengingatkanku akan hari terakhirku didunia

____________________________________________________________

Jika menurut kalian, artikel ini bermanfaat.

SilaHkan di-share untuk teman Anda, sahabat Anda, keluarga Anda, atau bahkan orang yang tidak Anda kenal sekalipun.Semoga Anda juga mendapatkan balasan pahala yang berlimpah dari Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

Aamiin Ya Rabbal 'Alamiin

Friday, April 13, 2012

Sakit ... Sabar..


Bagaimana kalau kita mendapat tahu bahawa kita mempunyai penyakit yang kronik dan sukar untuk dirawat? Apa yang kita akan lakukan? Meratapinya? 


Tidak.. sepatutnya tidak begitu.. kita perlu ingat, setiap sesuatu itu datangnya dari Allah. Sepatutnya kita bersyukur Allah sudi uji kita dengan cara tu. Sesungguhnya ia akan lebih mengingatkan kita kepada mati. Dan seterusnya dapat kita meningkatkan lagi amal ibadat kita kepada-Nya agar kita berpeluang menemui-Nya selepas meninggal dunia nanti. Bergembiralah wahai orang-orang beriman. Allah telah janjikan syurga bagi hamba-Nya yang bertakwa dengan sebenar-benar takwa.


Sedarlah kita bahawa semua manusia akan mati. Semua yang ada di dunia ini akan musnah, tiada yang abadi. Semasa sihat, bersyukurlah selalu kepada-Nya. Tiada sesuatu pun perkara yang berlaku sama ada detik ini, masa lampau adalah sia-sia. Jadi, kita perlu istiqamah selalu, berusaha selagi terdaya, berdoa dengan tawaduk, dan berserah atas ketentuan-Nya. Yang baik adalah ujian dari-Nya untuk menguji tahap mana hamba-Nya bersyukur dan yang buruk adalah ujian bagi umat-Nya untuk mengukur ketebalan iman dalam diri masing-masing. Bersabarlah wahai hati..


Ingatlah, wahai saudara ku, setiap sesuatu yang berlaku itu adalah dari-Nya. Tidak akan bertiup angin tanpa izin-Nya, tidak akan gugur sehelai daun tanpa izin-Nya.

Allah Maha Berkuasa.. Marilah kita sama-sama muhasabah diri agar dapat menjadi hamba yang lebih bertakwa untuk menggapai cinta-Nya.


Insya-Allah..

Amin..


~Aada Greeny

Saturday, April 7, 2012

♥ GaDiS iDaMaN ♥


♥ gadis itu wajahnya berona NUR IMAN ♥

♥ mahkotanya dilitupi tanda KEHORMATAN ♥

♥ maruah diri dipagari dgn KESOPANAN ♥

♥ dialah puteri indah RUPAWAN ♥

♥ tika gadis lain sibuk MENGHIASI DIRI, dia hias NUR ILAHI pada wajahnya ♥

♥ tika gadis lain sibuk mencari SANG PUTERA, dia selesa bersama cinta-NYA ♥

♥ tika gadis lain sibuk BERMADAH PUJANGGA, dia tekun dgn BAIT kata TUHANNYA ♥

♥ tika gadis lain menangisi permergian ARJUNA, dia tangisi kehinaan DIRINYA ♥

♥ gadis itu seperti MAWAR BERDURI, indah dipandang namun sukar dipegang ♥

♥ cantiknya kerna KEPERIBADIAN AKHLAK MULIA, kerana itulah dia dikatakan......

~gAdIs IdAmAn~

La Tahzani...

pagi ni hati tiba-tiba dipagut rasa sayu.. segala macam rasa. teringat segala macam. tak tahu kenapa, ana rasa macam nak menangis. teringat kampung, teringat zaman kanak2, teringat keluarga, teringat semua.. rindu semacam je. lebih-lebih lagi bila duk umah sewa sorang2. semua housemates pergi modul hari ni. rasa macam kehilangan something or someone yang paling disayangi. Ya Allah, kenapa tiba-tiba hambaMu ni rasa begini?

think positive Ada! mungkin disebabkan tekanan belajar kot ana rasa macam tu. tak apa, cuba atasi perasaan ini, la tahzani ya Rabiatunadawiah, Allah ada.. Dia selalu bersama hamba-hambaNya.

InsyaALLAH..

Friday, March 30, 2012

Salam Jumaat penuh Barakah..

→“Hai orang-orang beriman, apabila diseru untuk menunaikan shalat Jum’at, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik jika kamu mengetahui” ♑

☛(QS. Al-Jumuah: 9)☜


Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda:

☀"Dan perumpamaan orang yang datang terlebih dahulu (ke Masjid pada hari Jumaat) bagaikan orang yang sedekah unta, kemudian bagaikan yang sedekah lembu, kemudian bagaikan sedekah kambing, kemudian bagaikan sedekah ayam, kemudian bagaikan sedekah telur"☆
✍(Riwayat Bukhari & Muslim)

☀"Sesiapa yang berwuduk pada hari Jumaat maka menyempurnakan wuduknya kemudian pergi kemasjid untuk solat Jumaat dan mendengarkan khutbah dan memperhatikannya, maka diampunkan baginya dosa-dosa yang terjadi antara Jumaat itu dengan Jumaat yang sebelumnya"☆
✍(Riwayat Muslim & Ahmad)

☀"Siapa yang berwuduk sahaja untuk menghadiri sembahyang Jumaat adalah sudah baik (memadai) akan tetapi siapa yang mandi,maka adalah terlebih baik"☆
✍(Riwayat Abu Daud)

☀"Sesungguhnya saat yang mustajab (berdoa) itu diantara duduk imam antara dua
khutbah hingga selesai sembahyang Jumaat"☆
✍(Riwayat Muslim & Abu Daud)

☀"Barangsiapa yang meninggalkan sembahyang Jumaat tiga kali (berturut-turut)
makan Allah s.w.t.mengecap hatinya (sebagai munafik atau orang yang melengah-
lengahkannya)"☆
✍(Riwayat Ahmad)

✄Usamah bin Zaid r.a. berkata bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda:
★"Siapa yang meninggalkan sembahyang Jumaat hingga tiga kali tanpa uzur,maka
akan dicatat dari golongan orang munafik"☆
✍(Riwayat Al-Tabrani)

✄Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda:
★"Sembahyang fardhu lima waktu, sembahyang Jumaat ke Jumaat, puasa Ramadhan ke Ramadhan akan menghapuskan dosa-dosa diantara jarak-jarak tersebut sekiranya dijauhkan daripada dosa-dosa besar"☆
✍(Riwayat Muslim)

✄Abu Hurairah radhiallahu anhu dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
★ “Sebaik-baik hari adalah hari Jum’at, karena pada hari itulah Adam diciptakan, pada hari itu pula dia dimasukkan ke dalam surga, dan pada hari itu pula dia dikeluarkan darinya.” ☆
✍( (HR. Muslim no. 854)

Thursday, February 23, 2012

At least kena tau pasal agama noo...




Kita mesti berpijak pada realiti. Bukan hanya angan-angan indah nak nikah.

"Jangan hanya tahu segera nak nikah, tapi kena segera lakukan persediaan untuk menikah."

Anda bukan hanya menikahi someone yang anda suka, hakikatnya anda menikahi tanggungjawab-tanggungjawab berat. Tanpa persediaan, pasti rumahtangga pincang. Sedangkan institusi rumahtangga adalah pusat tarbiyah utama yg penting dalam menghasilkan produk Muslim yang bermutu tinggi. Jika ketua keluarga pun kurang berkualiti dek kurang persediaan itu ini, bagaimana nak lead sebuah keluarga Mukmin?

Persediaan; sekurang-kurangnya tahu agama dan boleh beri nafkah.

~Syababmusafirkasih~

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W

Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah
Tahun 10 Hijirah yang di Lembah Uranah, Gunung Arafah

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih saying. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.

Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, MENYAMPAIKAN pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.