Thursday, July 28, 2011

Lucu Tapi.. >>>>


~wang RM100 kelihatan begitu besar bila dibawa ke tabung derma masjid, tapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket

~45 minit terasa terlalu lama untuk duduk diatas sejadah berzikir, tetapi betapa pendeknya waktu untuk perlawanan liga Inggeris

~betapa lamanya dua jam berada di masjid, tapi betapa cepatnya dua jam berlalu saat menikmati pemutaran filem di panggung wayang

~susah merangkai kata untuk dipanjatkan saat berdoa atau solat, tapi mudahnya cari bahan sembang kosong bila bertemu kawan-kawan

~betapa syoknya sepanjang waktu menyaksikan perlawanan bola pasukan kegemaran kita, tapi betapa bosannya bila imam solat tarawih bulan Ramadan membaca surah-surah panjang

~susah betul baca Al-Quran 1 juz saja, tapi novel best seller 700 halaman sanggup dibaca

~orang berebut-rebut untuk duduk depan time konsert artis pujaan tapi berebut cari saf paling belakang bila time Jumaat agar cepat boleh keluar

~susahnya mengajak untuk berdakwah, tapi mudahnya mengajak untuk bergosip

~kita begitu percaya apa yang dipaparkan oleh surat khabar, tapi kita sering mempertanyakan apa yang dikatakan dalam kitab Allah

~semua orang ingin masuk syurga tanpa harus beriman, berfikir, berbicara ataupun melakukan apa-apa

No comments:

Post a Comment