Saturday, July 16, 2011

Selamat Menyambut Nisfu Syaaban(^_^)

Bulan Syaaban adalah bulan persediaan bagi kita umat Islam menghadapi bulan Ramadhan.. Saidatina Aishah r.a ada berkata, Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Semua manusia dalam kelaparan pada hari kiamat kecuali nabi-nabi dan keluarga mereka, juga orang yang berpuasa pada Rejab, Syaaban dan Ramadan. Sesungguhnya mereka dalam keadaan kenyang, tidak lapar dan tidak haus." Ini bermakna besarnya ganjaran bagi mereka yang berpuasa dalam 3 bulan utama iaitu Rejab, Syaaban dan Ramadhan... 

Abu Hurairah berkata Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Rejab bulan Allah dan Syaaban itu bulanku, manakala Ramadan itu bulan umatku." (Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)... Ketiga tiga bulan ini disebut Nabi s.a.w itu adalah bulan rahmat, kasih sayang dan kesejahteraan. Bulan yang penuh keberkatan dan keampunan.

Nabi s.a.w menjelaskan Syaaban mengandungi keutamaan dan kebaikan yang banyak, dengan nilai berganda bagi mereka melaksanakan kebaikan dan ibadat dengan ikhlas dan bersungguh. Baginda bertanya kepada sahabat, maksudnya: "Tahukah kamu sekalian mengapa bulan ini dinamakan Syaaban?" Mereka menjawab: "Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui."  Baginda menjawab: "Kerana pada bulan ini bercabang banyak kebaikan."

Dengan keutamaan yang ada pada Syaaban ini, Baginda memanfaatkan kesempatan untuk meningkatkan prestasi ibadat dan amal kebaikan sehingga seolah-olah Baginda tidak pernah melakukan sedemikian pada bulan lain.


Syaaban juga adalah bulan di mana setiap doa orang beriman akan dimakbulkan Allah, sebagaimana dinyatakan Abdullah Umar dalam riwayatnya mengenai hadis Nabi iaitu Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Antara solat lima waktu yang doanya tidak ditolak ialah sewaktu malam Jumaat, pada malam 10 Muharam, pada malam pertengahan bulan Syaaban dan pada dua malam raya iaitu malam hari raya Aidilfitri dan Aidiladha.






 

 


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang memuliakan Syaaban, bertakwa kepada Allah dan taat kepada-Nya serta menahan diri daripada perbuatan maksiat, Allah mengampuni semua dosanya dan menyelamatkan dia pada satu tahun itu daripada semua bencana dan penyakit."

Diharapkan kita semua dapat perbanyakkan ibadah dalam bulan dan malam nisfu syaaban ini diisi dengan amal ibadat, istighfar dan taubat... banyakkan doa untukk kesejahteraan ibubapa kita didunia dan diakhirat.. bacalah Yasin sebanyak 3x selepas solat Maghrib dengan niat sekali baca minta panjang umur dalam mentaatiNya, sekali lagi dengan niat diperluaskan rezeki Allah yang halal dan diberkatiNya dan sekali lagi dengan niat minta kita semua mati dalam beriman kepadaNya.. amin...






No comments:

Post a Comment