Sunday, September 16, 2012

DUIT


Assalamualaikum..

Sudah lama ana tak update blog ni.. bukan malas @ apa, Cuma tak ada masa.. yer la.. ana sibuk untuk kemasukan semester baru (semester 5) di UiTM Dungun.. ditambah pula dengan masalah xdpt online sekarang. Sebabnya modem broadband ana rosak and laptop ana tak dapat detect modem tu.. huhu. Lagi satu, ana dah pindah rumah dan masalahnya rumah ini tak ada wifi. Takpelah, salah satu dugaan yang terpaksa ana hadapi untuk semester ini. Sabar, ana kena 2x rajin pergi library n takpun bila kewangan ana dah stabil nanti, ana beli modem bb baru.. insyaALLAH..

Cakap pasal kewangan ni, ana teringat la pula pada kata2 seorang usahawan wanita yang datang bg talk kt kitaorang dak2 UiTM Dungun semester lepas. Dari cara beliau bercakap menunjukkan pentingnya duit itu. Macam duit tu segala2nya. Ketika mendengarnya, ada kebenaran dari kata2 beliau tu, memang! Duit tu penting untuk kita dalam hidup ni, tapi bagi ana duit bukan segala-galanya. Duit penting bagi ana yang masih belajar ni.. nak makan, minum, beli buku, bayar rumah sewa, n macam2 untuk survive kat Dungun ni la (yang terkenal dengan high standard of living nya ni). Penting cari duit untuk itu, tapi kalau boleh jangan terlampau ‘taksub’ sampai  tak sensitif kepada agama , dan keluarga entah ke mana…  jangan sampai duit itu membutakan hati dan mata kita.

Ana orang susah, dari keluarga yang susah.  So, ana tahu pentingnya cari duit itu. Tapi alhamdulillah, tanpa duit dan harta yang melimpah ruah, ana masih boleh hidup setakat ini, badan masih sihat walafiat, dengan izin Allah. Aim ana sekarang, cari duit untuk memenuhi maqasid shariah dharuriyah dan hajjiyah je.. bersederhana dan tak nak melampau.. insyaALLAH.. ana tak nak jadi orang yang terlampau kaya, tapi tak nak juga jadi orang miskin. Cukuplah untuk ana selesa dalam kehidupan, dapat membalas jasa orang tua, membantu ahli keluarga, agama dan yang memerlukan serta membayar segala hutang piutang ana . Ana nak jadi orang yang sentiasa bersyukur. insyaAllah dengan sentiasa bersyukur, Allah akan menambahkan nikmat kepada kita. Insya-Allah.. ini hanya aim dan harapan ana, ana hanya mampu merancang, tapi ALLAH lah jua yang menentukan segala-galanya. Moga ALLAH tetapkan hati dan tambahkan iman dalam diri ini, dan semoga ALLAH berikan taufik dan hidayahNya kepada diri ini agar tidak terpesong diri ini dari jalanNya. Amin.. semoga sempat ana melaksanakan apa yang ana rancang sebelum ana menghembuskan nafas terakhir di bumi ini. Amin.. Dari Allah kita datang, kepadaNya jua kita akan kembali nanti.

Untuk itu saja pada kali, semoga kita semua (Muslimin walmuslimat, mukminin walmukmiknat) selamat dalam kehidupan dunia dan akhirat serta dijauhkan dari azab api neraka. Amin..

No comments:

Post a Comment