1. Tahukah anda bahawa selain bangsa yahudi, tidak dibenarkan membeli atau menyewa tanah di Israel?
2.
Tahukah anda bahawa setiap bangsa yahudi yang ada di setiap Negara di
seluruh dunia menjadi warga Negara Israel secara automatik? Sementara
warga Palestin yang lahir di tanah negerinya sendiri sejak puluhan abad
yang lalu terus diusir ke luar dari Palestin?
3.
Tahukah anda bahawa penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel
harus menggunakan kenderaan yang dicat dengan warna khas untuk
membezakan antara bangsa yahudi dan bukan yahudi?
4.
Tahukah anda bahawa Jerusalem bahagian timur, Tebing Barat, Gaza dan
dataran tinggi Golan dianggap oleh masyarakat antarabangsa khususnya
barat dan Amerika sebagai kawasan yang dijajah Israel dan bukan
merupakan sebahagian daripada Israel?
5.
Tahukah anda bahawa Israel memperuntukkan 85% air bersih hanya untuk
bangsa Yahudi dan membahagikan 15% sisanya untuk seluruh penduduk
Palestin yang menetap di kawasan Israel? Secara realiti, Israel
memperuntukkan 85% air bersih hanya untuk 400 penduduk yahudi di Hebron,
sementara 15% sisanya diberikan kepada 120 ribu penduduk Palestin di
daerah itu?
6. Tahukah
anda bahawa Amerika menyalurkan dana 5 billion US dari penghasilan
hutangnya setiap tahunnya untuk menyumbang kepada Israel?
7.
Tahukah anda bahawa Amerika terus memberikan bantuan ketenteraan kepada
Israel sebesar 1,8 billion US setiap tahunn? Dan tahukah anda bahawa
jumlah sebesar itu sama dengan sumbangan Amerika kepada seluruh Negara
di benua-benua Afrika?
8.
Tahukah anda bahawa Israel juga menunggu bantuan perang tambahan sebesar
4 billion US dari Amerika yang terdiri dari pesawat pejuang F16, Apache
dan Blackhawk? Dan kerana Amerika merupakan Negara gabungan utama bagi
Israel, maka ia wajib memberikan semua kemudahan yang diminta Israel
untuk menjamin kewujudannya.
9.
Tahukah anda bahawa kerajaan Amerika telah menekan Kongres tentang
pelanggaran Israel dalam penggunaan senjata yang mereka sumbangkan?
Khususnya pada tahun 1978, 1979 dan tahun 1982 pada perang di Lubnan dan
penggunaan senjata nuklear pada tahun 1981.
10.
Tahukah anda bahawa Israel adalah satu-satunya Negara di Timur Tengah
yang menolak menandatangani larangan pembangunan senjata nuklear? Dan
menolak Pasukan Siasatan PBB untuk memeriksa tempat persembunyian
nuklearnya?
11. Tahukah anda bahawa sebelum Israel wujud pada tahun 1948, mereka telah memiliki kilang pengembangan senjata nuklear?
12.
Tahukah anda bahawa Pegawai Tinggi Israel di Jabatan Tentera mereka
mengakui secara terang-terangan bahawa tentera Israel membunuh semua
tahanan perang Palestin tanpa proses pengadilan?
13.
Tahukah anda bahawa Israel telah menyerang tempat kediaman Diplomat
Amerika dan menyerang kapal perang Amerika Liberty di perairan
antarabangsa pada tahun 1967? Walaupun serangan itu membunuh 33 tentara
Amerika dan melukai 177 lainnya, tetapi Amerika sama sekali tidak
melakukan sebarang tindakan terhadap Israel? Hanya dengan alasan bahawa
tentera Israel tersalah sasaran? Bayangkan kalau serangan itu dilakukan
oleh Negara Islam?
14.
Tahukah anda bahawa Israel merupakan Negara yang paling banyak
mengabaikan resolusi negara PBB? Jumlah resolusi yang diabaikan oleh
Israel mencapai 69 buah. Bayangkan seandainya satu Negara Islam
mengabaikan 1 resolusi PBB, apa yang akan dilakukan oleh Amerika?
15.
Tahukah anda bahawa pemerintah Israel menggunakan system politik
pemeliharaan terhadap identiti rakyat yahudi agar tetap menjadi warga
Negara itu?
16. Tahukah
anda bahawa Mahkamah Agung Israel telah menetapkan Perdana Menteri Ariel
Sharon sebagai terkecuali dalam kes pembunuhan Shabra dan Syatilla pada
16 September 1982 di Lebanon yang telah membunuh lebih dari 1000 orang
Palestin terdiri dari anak-anak, wanita dan orang tua?
17.
Tahukah anda bahawa pada tarikh 20 Mei 1990, seorang tentera Israel
menyuruh para pekerja Palestin yang sedang menunggu bus di Halte untuk
duduk berbaris di atas tanah, setelah itu ia menembak mereka dari jarah
setengah meter? Tahu pulakah anda bahawa pemerintah Israel menyatakan
tentera itu tidak bersalah dan bahkan mendapat penghargaan khusus dari
pemerintah Israel?
18.
Adakah anda tahu bahawa sehingga tahun 1988, semua kilang dan pejabat di
Israel hanya boleh melampirkan keterangan pekerjaan dengan kata-kata:
“pekerjaan hanya untuk bangsaYahudi”, ” pekerja hanya boleh dipilih
dengan syarat dia berbangsa Yahudi”?
19.
Tahukah anda bahawa Jabatan Luar Negeri Israel membayar 6 jabatan media
Amerika untuk menerbitkan imej positif Israel kepada masyarakat Amerika
dan Eropah?
20. Tahukah
anda bahawa Sharon mengajak Parti radikal Molodeit untuk menjadi
gabungan utama dalam kabinetnya? Padahal parti itu beridealogi radikal
dengan tujuan untuk membesihkan Israel dari luar kawasan yahudi dan
pengusiran secara paksa seluruh warga Palestin dari Israel?
21.
Tahukah anda bahawa Perdana Menteri Israel pertama, David Ben-Gorion
sepakat dengan langkah pengusiran secara paksa seluruh rakyat arab dari
Israel?
22. Tahukah anda
bahawa Rahib besar di Israel Ofadya Yosef yang juga pengasas Parti Syas
(parti ketiga terbesar di Israel) menyokong aksi tentera Israel untuk
membunuh warga Palestin?bahkan ia mengeluarkan fatwa radikal pada hari
raya paskah yang lalu dalam wawancaranya di sebuah rangkaian radio
terbesar di Israel: “Tuhan akan membalas semua kejahatan warga arab,
Tuhan akan menghancurkan keturunannya, menghabiskannya dan menghancurkan
tanahnya dan Tuhan akan membalas mereka dengan azab yang pedih. Oleh
itu dilarang semua bangsa yahudi untuk memberikan rasa kasih sayang
kepada warga arab, dan wajib bagi setiap yahudi untuk menembak mereka
dan senjatanya hendaklah dihalakan ke arah dada dan kepala setiap warga
arab untuk menghabiskannya, kerana mereka itu makhluk yang jahat dan
terkutuk “… …
23. Tahukah anda bahawa pelarian Palestin terbesar di dunia?
24. Tahukah anda bahawa penduduk Kristian Palestin bersatu dengan penduduk Palestin muslim untuk melawan penjajah yahudi?
25.
Tahukah anda, walaupun Mahkamah Agong Israel sudah mengeluarkan
keputusan pelarangan penyeksaan dalam proses pemeriksaan, tetapi Shinbet
(Badan perisik Israel) tetap terus menyeksa setiap pejuang Palestin
dalam proses pemeriksaannya?
26.
Tahukah anda bahawa walaupun Israel terus mengganggu proses belajar
mengajar dan merosakkan seluruh prasarana pendidikan penduduk Palestin,
tetapi penduduk Palestin tetap menjadi Negara terbesar di dunia yang
penduduknya bergelar doktor falsafah. Hal ini dilihat dari jumlah purata
penduduknya.
27. Tahukah
anda bahawa setiap manusia mempunyai hak yang sama yang dijamin oleh
undang-undang HAM antarabangsa yang diterbitkan pada tarikh 10 Disember
1948? Tetapi tahukah anda bahawa undang-undang itu sama sekali tidak
berlaku bagi penduduk Palestin? kerana dihalang dengan ditandatangani
oleh perikatan OSLO?
28.
Tahukah anda bahawa majoriti buku sejarah di dunia mengatakan
Negara-negara arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang
tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara arab
terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat?
Tetapi mereka mengatakan bahawa serangannya itu adalah serangan untuk
menjaga diri mereka?
29.
Tahukah anda bahawa Israel sebagai Negara penjajah sama sekali tidak
terikat dengan konvension Geneva untuk menjaga hak-hak dan keselamatan
warga awam Palestin?
30.
Tahukah anda bahawa perintah Perdana Menteri Israel Ariel Sharon sudah
tidak dituruti lagi oleh tentera Israel? Salah satu contohnya adalah
ketika ia melarang tentera Israel untuk melakukan genjatan senjata dan
dilarang menembak, tetapi tentera Israel terus menyerang, menembak
rakyat awam Palestin dan menghancurkan tempat tinggal mereka. Insiden
paling memilukan andalah pembunuhan tiga wanita Palestin, padahal mereka
sedang berada dalam khemah pelariannya?
31.
Tahukah anda bahawa Israel terus melakukan pebagai usaha untuk
menghancurkan Masjid Al-Aqsa dan Qubah As-Sakhrah sejak 50 tahun yang
lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan
sendirinya?
32. Tahukah
anda bahawa Presiden Afrika Selatan Nelson Mandela mengatakan bahawa
Israel adalah Negara rasisme dan apartheid seperti keadaan Afrika
Selatan sebelum beliau memerintah?
c/p: <a href="http://penpatah.blogspot.com/2012/09/32-rahsia-israel-yang-korang-perlu-tahu.html">32 Rahsia Israel Yang Korang Perlu Tahu</a>
No comments:
Post a Comment