Sunday, January 29, 2012

… CINTA …


Jika ia sebuah CINTA,
dia tak hanya MENDENGAR,

melainkan senantiasa BERGETAR.

jika ia sebuah CINTA,
dia tak mungkin BUTA,

melainkan senantiasa MELIHAT dan MERASAKAN apa yang kita rasakan
jika ia sebuah CINTA,
dia tak akan membuat kita SEDIH,

melainkan senantiasa akan membuat kita BAHAGIA.
jika ia sebuah CINTA,
dia tak hanya BERUCAP,

melainkan senantiasa TULUS dari Dalam HATI.
jika ia sebuah CINTA,
dia hadir bukan karena PERMINTAAN,

melainkan HADIR karena KETENTUAN dan KATA HATI-lah yang MENGANTARKANNYA.
jika ia sebuah CINTA,
dia hadir juga bukan karena PAKSAAN,

melainkan senantiasa HADIR karena PENGORBANAN dan KESETIAAN.


“Dan adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah” (QS Al-Baqarah:165)

Cara senang utk dptkan pahala walaupun slps mati


--> Pasang kipas di surau/masjid wlaupun 1 , setiap kali org guna , anda dpt pahala walau slps mati .

--> Derma kerusi roda di hospital . Setiap kali psakit guna , anda akn dpt pahala .

--> Beri baju kpd org , setiap kali org pakai , anda dpt pahala .

--> Beri makanan kpd org , anda dpt pahala selagi makanan itu mnjadi darah dagingnya .

--> Menyampaikan ilmu yg bermanfaat , selagi mereka mengamalkan pahala anda tetap ada .

--> Kongsi mesej ini kpd orang ramai . Wlaupun 1 tlong kongsikan kpd org , anda akn dpt pahala sbb anda telah brdakwah utk sampaikan ilmu

p/s: Hehe.. ana pun kopipes dari Mukabuku jer nie... 
try la buat tapi kena ikhlas tau.. niat kerana ALLAH.. :)

Kahwin & Couple...


A: Awak, boleh jadi awek saya? Saya berkenan sgt lah kat awak. Bagi saya, awak perfect!

B: Ok, boleh je tade masalah. Couple ke?

A: Err...kalo dah mintak jadi awek, maknanya couple la tu kan?

B: Ok. Bila nak kahwin?

A: Err..boleh tak tunggu saya habis belajar dulu tahun depan, pastu tunggu saya dapat keje stabil dulu. Dalam 3 tahun, insyaAllah.

B: Ok, kita putus sekarang gak.

A: Eh, kenapa?????

B: Tiga sebab;

Satu, awak ajak saya bergelumang dalam dosa utk 3 tahun tanpa akad yang sah. Tiada jaminan awak takkan jumpa saya, sentuh saya dan hal2 berkaitan. Dalam 3 tahun tu kita akan bercakap hal sia-sia tentang soal hati yang tiada berkesudahan. Nanti ada yang terluka. Saya taknak hati saya terluka. Saya pun taknak hati awak terluka.

Dua, kalau tak bersedia nak kahwin kenapa terburu-buru nak jalin hubungan? Sedangkan kahwin ni spesifiknya adalah utk mereka yg betul2 bersedia zahir batin, agamanya, ekonominya wlpn tak kaya, dan dari banyak sudut. Restu ibu bapa juga perlu difikirkan sama.

Tiga, lelaki yang beragama tahu bahawasanya ini bukan caranya. Sabar. Tahajjud byk2. Istikharah rajin2. Taubat selalu2. Muhasabah sentiasa2. Ubah slow2. Lelaki beragama takkan beri harapan palsu dengan bermain dengan perasaan, masa dan waktu. Jangan letak harapan seandainya hati tak yakin. Jgn beri harapan pada yang mudah menyerap harapan. Hati wanita ni macam gelas kaca, mudah pecah. Bila dah terluka, susah nak rawat balik. Jangan ada niat nak kahwin je, tapi tindakan ke arah itu tidak ada. Boring. Cari calon ni bukan nak cuba-cuba macam cuba pakaian. "Tak sesuai yang ni, amik yg lain lah." No.

A: Em..tp sy tetap nak awak. Dh bertahun2 tunggu awk.

B: "Mohon padaNya andai hatiku yang kau pohon." Bila dah bersedia, cuba cari saya balik. Tapi ni bukan janji atau beri harapan. Jika sy masih blm berpunya, datang mintak dengan ayah mak terus. Bincang dengan dorang. Ok, saya letak tepon dulu. Salam.

A: Wslm.

(tut tut...)

Tuesday, January 17, 2012

Maafkan ana....

maafkan ana.. itu yang mampu ana ucapkan.. mungkin orang yang ana maksudkan  ni tak tahu pun, tapi betul, ana tak sedia dan tak boleh teruskan.. ana takut andai ana teruskan, ana hanya sakitkan hati dia. ana tak mahu! biarlah perasaan ana hanya Allah je yang tahu. Dia tempat ana meluahkan segala-galanya. Dia cinta sejati ana. ana tak nak ada rasa cinta kepada manusia yang melebihi cinta kepadaNya. ana menolak dia bukan kerana memilih atau demand sangat tapi entahlah, hati ana belum terbuka. siapalah ana nak demand2.. xlayak..

bila kita buat jahat kt org lain, of cos kita rasa tak tenteram kan? begitu juga ana. ana tak tenteram bila 'hilangkan' diri dr seseorang tanpa bgthu sebab musabab kpd dia. semoga dia hepi always n maafkan ana. dia tak salah, yang salahnya ana! ana tak nak teruskan.. semoga hamba Allah itu dapat lupakan ana suatu hari nanti. dan semoga dia berjumpa dengan seseorang yang lebih baik dr ana.. amin..

1. Allah
2. Family

Monday, January 16, 2012

Sifat-Sifat Munafik

1. Mereka menghalangi tegaknya Islam, membendung tauhid, sunnah dan akidah yang benar. Dalilnya adalah firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala: “Dan apabila dikatakan kepada mereka, ‘Marilah (patuh) kepada apa yang telah diturunkan Allah dan (patuh) kepada Rasul’, (niscaya) engkau (Muhammad) melihat orang munafik menghalangi dengan keras darimu.”(QS. An-Nisa’ [4]: 61).

2. Menghina orang Islam yang mengamalkan Sunnah. Dalilnya terdapat dalam al-Qur’an Surat at-Taubah ayat 79.

3. Orang munafik membenci sahabat Radhiallahu ‘anhum. Berdasarkan hadits Rasulullah Shallahu ‘alaihi wa Sallam, dari Anas Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah bersabda: “Tanda orang munafik adalah membenci sahabat Anshar dan tanda orang muslim adalah mencintai sahabat Anshar.”(Hadits ini diriwayatkan oleh Imam Muslim 1/60).

4. Orang munafik malas shalat berjama’ah di Masjid. Abdullah bin Mas’ud berkata: “Dan sungguh aku menyaksikan kita semua, dan tidaklah yang enggan menjalankan shalat berjama’ah melainkan dia benar-benar orang munafik.”(HR Muslim 2/124).

5. Bila bicara berdusta, bila berjanji menyelisihi, bila diberi amanat dia berkhianat dan bila berdebat dia curang. Dari Abdullah bin Umar, Nabi Shallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: “Ada empat perkara, barang siapa yang pada dirinya ada empat perkara ini, maka dia adalah munafik murni sampai dia meninggalkannya: apabila dia berbicara berdusta, apabila berjanji menyelisihi, apabila dipercaya khianat, dan apabila berdebat maka dia curang.”(HR Bukhari 9/128).

7 jenis wajah mayat di dalam kubur

bila ana terbaca tentang 7 jenis mayat dalam blog seorang hamba Allah ini, ana takut.. bukannya ana tak pernah dengar dari ustaz atau ustazah masa sekolah dulu tentang hal ni, tapi ana tak pernah ambil peringatan dan ambil berat tentang hal ni.. disini, ana kongsikan tujuh jenis mayat di dalam kubur.. semoga kita tergolong dalam golongan ke tujuh itu.. amin...

( 1) Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat.
Itulah petanda bahawa semasa hidupnya telah melakukan syirik kepada Allah. Dosa yang paling besar dalam Islam. Kekal dalam neraka selama-lamanya.

( 2) Mayat yang mukanya berbentuk babi.
Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu serta lalai dalam solatnya.
sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar.

( 3 ) Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam.
Itulah mayat yang hidupnya derhaka kepada kedua ibu bapa.

( 4 ) Mayat yang perutnya buncit dan meletup.
Itulah mayat semasa hidupnya suka makan harta yang haram.

( 5 )Mayat yang kukunya mencengkam dan melilit seluruh tubuhnya.
Itulah mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi mengata dan mengumpat orang.

( 6 )Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk dari bangkai.
Itulah mayat orang yang suka makan riba.

( 7 )Mayat yang wajahnya tersenyum,
itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh

sumber: informasi.my

Wednesday, January 11, 2012

Alhamdulillah... Berakhir sudah...

Alhamdulillah... berakhir sudah exam utk semester 3 UiTM Dungun ni... Nikmat belajar terasa.. Semoga berkesudahan baik.. Walaupun tak dapat nak score target sebab byk silap time jawab exam tapi tak mengapa.. hanya itu yang termampu ana lakukan.. Ana akan cuba pada semester ke 4 plak nanti.. InsyaALLAH kalau dipanjangkan umur dan diizinkan lagi ana pijak bumi Dungun ni.. 13 hb nanti ana nak balik kg.. rindunya kat kg.. tp pg ni ana dan kawan2 sekelas rancang nak pergi Mesra Mall. Nak main bowling n tgk movie.. tapi tak tahulah berjalan lancar tak lagi. sekarang pun duk tunggu kawan tu datang ambik kt umah sewa.. sepanjang semester 3 banyak kenangan manis dan pahit ana lalui. tp alhamdulillah, rasanya kenangan manis melebihi yang pahit.. kenangan bersama housemates, lecturers, and classmates.. banyak sangat2.. terima kasih korang semua.. buat housemateku, Nor, Wani, Fizah, Zaza, Uyu, Ina n Muni... thanks and sorry for everything.. halalkan makan minum Adagreeny erk spanjang kita bersama ni... semoga sem depan kita dapat berjumpa lg.. insyaALLAH..


 
housemateku....
buat classmateku, terima kasih juga diatas segala kenangan, perkongsian dan persahabatan antara kita. Juga maaf diatas segala kekhilafan yang pernah Adagreeny lakukan.. selamat bercuti semester yer.. hehe.. gud luck for result sem 3 ni.. Amin.. semoga kita stay as classmates utk sem depan dan kawan selamanya.. ukhuwah fillah abadan abadaa.. insyaALLAH.. Last, buat pensyarah kitaorg untuk semester 3 ni, terima kasih banyak buat Ustazah Noor Hasyimah, Ustaz Engku Ahmad Mustafa, Ustaz Wahairi, Sir Ahmad Ismail, Puan Nazuha, Puan Rohana, Miss Syima, Miss Sha, dan Ustaz Zulfadhli...  terima kasih diatas segala tunjuk ajar kamu semua.. Jasa kamu semua tak terbalas.. :) insyaALLAH jika dipnjangkan umur kita semua berjumpa lg semester depan... :)

kenangan bersama classmates masa program anak angkat kg alur limbat

Wednesday, December 21, 2011

Akan berakhir... insyaALLAH..

ALHAMDULILLAH 3X...

berakhirnya hari ini bermakna berakhirlah sesi pembelajaran ana pada semester ini.. cuma ana dan kawan2 perlu struggle untuk final paper je.. Alhamdulillah, skrip dan lakonan arab pun dah siap. cuma tunggu time nak print and burn dalam cd je. hari ni dah boleh submit ke Ustaz Zul dah.. yang paling ana lega sangat2 ana dah selamat presentation 2 bel.. kalau tak lepas yang tu, mmg hati ni tak tenang. 

secara conclusionnya utk semester ni, ana enjoy belajar walaupun kdg2 stress sebab byk presentation n test. kadang2 ada yg srentak dan hari sama perlu buat semua tu tapi Alhamdulillah, dapat harunginya dgn baik. banyak kenangan manis semester ini. Alhamdulillah, ana akan ingati kenangan manis, yang pahit ana mahu lupakan dan ambil ia sebagai pengajaran utk masa akan datang. 

betul, ana tak menyesal ambil cos Perbankan Islam ni. biar orang kata apa pun, cos ni susah nak dapat kerja pun. niat utama ana ambil cos ni bukan nak kerja kt bank ke mana2. sebab ana tahu, cos ni banyak bantu ana ilmu dunia dan akhirat. balance dua-dua tu. 

BM229 3C... class ana semester ni.. mahu kekalkan class C ni sampai bila2.. hehe.. actually sejak di Machang lagi ana tak lari dari class C.. ada apa pada C erk??wallahualam...


yus, dayah, shera, jiha, mariah, J

boys in BM2293C

girls...

we as organizers

suke gambar ni.. ikhlas..

Thursday, December 15, 2011

3 JeNiS CiKgU DaLAm dUnIA >>

1. Cikgu terbaik dalam hidup : pengalaman

Ini merupakan cikgu yang terbaik dalam

hidup kita semua. Hal ini kerana, daripada
pengalaman akan mengajar kita erti hidup,
menjadi lebih matang, dan mendewasakan
kita.

Tanpa pengalaman, kita tidak mampu untuk

maju ke hadapan, mahupun berubah lebih
baik daripada sebelum ini.


2. Cikgu teristimewa dalam hidup : ibu bapa


Ibu bapa merupakan cikgu yang terindah

dalam hidup kita kerana merekalah yang
mengajar kita tentang erti kehidupan
daripada kita kecil sehinggalah dewasa.

Tanpa mereka, tiadalah kita. Bukan itu

sahaja, ibu bapa akan mengajar kita
tentang manis dan pahitnya kehidupan
ini kerana mereka telah matang dalam
hal itu.

Jadi, kita gunakan segala yang diberikan,

untuk membimbing diri sendiri dalam
meneruskan kehidupan.


3. Cikgu terindah dalam hidup : tenaga pengajar


Pensyarah-pensyarah, cikgu sekolah

rendah mahupun menengah, dan
kesemua yang pernah mendidik kita,
cukup terindah dalam hidup ini.

Hal ini kerana, mereka telah bersusah

payah dalam membanting tulang empat
kerat mereka, dalam mendidik kita
supaya kita berjaya dalam kehidupan.

Dengan semua ini, kita boleh terus maju

kehadapan dengan ilmu yang dibekalkan
dan mengamalkan dalam kehidupan kita.

Hargailah mereka sementara masih ada,

hidup ini hanyalah sementara, bukan
selama-lamanya.

TERIMA KASIH CIKGU-CIKGUKU... :)

Monday, December 5, 2011

Isnin.. 9 Muharam 1433 Hijriah... dAn bUbUr aSyUrA??

Alhamdulillah, Allah masih izinkan ana bernafas di bumiNya pada hr ni.. hari ni dah 9 Muharam dah.. Esok dah 10 Muharam, Hari Asyura dimana kita disunatkan berpuasa pada hari itu.. sebut kata hari asyura, ana teringat time kecik2 dulu. kt kg ana selalu aje sambut hari asyura dengan mengacau bubur 'Asyura' atau orang kelantan panggil 'sugho'.. betul x eja, ana tak thu.. tapi yang seronoknya.. best sgt time tu.. dapat mkn time panas2 lg..

sekarang dah susah nk jpe orang buat bubur Asyura ni kt kg ana.. nak jpe bubur asyura pun susah.. ni nasib baik ana belajar kt UiTM, adalah juga dpt merasa sikit2 bila U anjurkan program mengacau bubur Asyura.. teringat time diploma di Machang dulu, ana pernah jadi wakil Kolej THO dan TDM mengacau bubur Asyura.. xmudah tapi seronok bila buat ramai2.. masa budak2 kt kg dulu juz tgk pakcik makcik je yang buat.. xde pengalaman lansung tp kira Alhamdulillah.. masuk UiTM dapat byk pengalaman baru. (^_^)


kenangan  terindah kat UiTM Machang