Wednesday, October 17, 2012

♥ ♥ ♥ Salam 1 Zuhijjah ♥ ♥ ♥

:: Allah better known everything..
dekatkan diri dgn DIA

luahkan segala isi hati kepada DIA
semoga tidak terputus tali antara kita dengan NYA...

jadikan DIA cinta pertama & cinta terakhir kita

lebihkan kasih sayang kepada DIA berbanding maklukNYA yang lain..

cintakan makhlukNYA kerana DIA..

DIA lah ALLAH... Segala-galanya bagi kita..
Salam 1 Zulhijjah... :)
Sayang kamu semua kerana ALLAH.. :: ♥ ♥ ♥ :)

Tuesday, October 16, 2012

SEMOGA ALLAH MEMBERKATI KEHIDUPAN KITA DI DUNIA DAN AKHIRAT

 

HIDUP KERANA ALLAH, MATI PUN KERANA ALLAH


AMIN...

Sunday, September 16, 2012

DUIT


Assalamualaikum..

Sudah lama ana tak update blog ni.. bukan malas @ apa, Cuma tak ada masa.. yer la.. ana sibuk untuk kemasukan semester baru (semester 5) di UiTM Dungun.. ditambah pula dengan masalah xdpt online sekarang. Sebabnya modem broadband ana rosak and laptop ana tak dapat detect modem tu.. huhu. Lagi satu, ana dah pindah rumah dan masalahnya rumah ini tak ada wifi. Takpelah, salah satu dugaan yang terpaksa ana hadapi untuk semester ini. Sabar, ana kena 2x rajin pergi library n takpun bila kewangan ana dah stabil nanti, ana beli modem bb baru.. insyaALLAH..

Cakap pasal kewangan ni, ana teringat la pula pada kata2 seorang usahawan wanita yang datang bg talk kt kitaorang dak2 UiTM Dungun semester lepas. Dari cara beliau bercakap menunjukkan pentingnya duit itu. Macam duit tu segala2nya. Ketika mendengarnya, ada kebenaran dari kata2 beliau tu, memang! Duit tu penting untuk kita dalam hidup ni, tapi bagi ana duit bukan segala-galanya. Duit penting bagi ana yang masih belajar ni.. nak makan, minum, beli buku, bayar rumah sewa, n macam2 untuk survive kat Dungun ni la (yang terkenal dengan high standard of living nya ni). Penting cari duit untuk itu, tapi kalau boleh jangan terlampau ‘taksub’ sampai  tak sensitif kepada agama , dan keluarga entah ke mana…  jangan sampai duit itu membutakan hati dan mata kita.

Ana orang susah, dari keluarga yang susah.  So, ana tahu pentingnya cari duit itu. Tapi alhamdulillah, tanpa duit dan harta yang melimpah ruah, ana masih boleh hidup setakat ini, badan masih sihat walafiat, dengan izin Allah. Aim ana sekarang, cari duit untuk memenuhi maqasid shariah dharuriyah dan hajjiyah je.. bersederhana dan tak nak melampau.. insyaALLAH.. ana tak nak jadi orang yang terlampau kaya, tapi tak nak juga jadi orang miskin. Cukuplah untuk ana selesa dalam kehidupan, dapat membalas jasa orang tua, membantu ahli keluarga, agama dan yang memerlukan serta membayar segala hutang piutang ana . Ana nak jadi orang yang sentiasa bersyukur. insyaAllah dengan sentiasa bersyukur, Allah akan menambahkan nikmat kepada kita. Insya-Allah.. ini hanya aim dan harapan ana, ana hanya mampu merancang, tapi ALLAH lah jua yang menentukan segala-galanya. Moga ALLAH tetapkan hati dan tambahkan iman dalam diri ini, dan semoga ALLAH berikan taufik dan hidayahNya kepada diri ini agar tidak terpesong diri ini dari jalanNya. Amin.. semoga sempat ana melaksanakan apa yang ana rancang sebelum ana menghembuskan nafas terakhir di bumi ini. Amin.. Dari Allah kita datang, kepadaNya jua kita akan kembali nanti.

Untuk itu saja pada kali, semoga kita semua (Muslimin walmuslimat, mukminin walmukmiknat) selamat dalam kehidupan dunia dan akhirat serta dijauhkan dari azab api neraka. Amin..

Sunday, July 22, 2012

Rabiatul Adawiyah


Rabiatul Adawiyah..
Mulianya beliau.. kudusnya cinta beliau terhadap pencipta..
Menolak dunia demi Allah..
Menolak syurga atau neraka asalkan dapat cinta Allah
Tiap2 saat hanyalah Allah cinta..
Ya Allah, hamba-Mu ini ingin menjadi seperti Rabiatul Adawiyah
Tapi tak layak..
Sering kali hidup ana penuh dosa.
Sedangkan Rabiatul Adawiyah, hidupnya dihabiskan dengan beribadah kepada-Mu
Sering kali diri ini teruja bila mendapat sesuatu berkaitan hal duniawi
Tapi Rabiatul Adawiyah, tidak pernah mendambakan sesuatu yang lebih dari cinta dan pandangan Allah
Kadang2 diri ini terlupa akan Allah, dan segala yang ana dapat kerana Allah dan dari-Nya
Sedangkan Rabiatul Adawiyah, setiap saat hidupnya hanya mengingati Allah
Andai kata dirinya terlupa sesaat akan Allah, dirasakan beliau bagaikan itu satu dosa besar
Dan dia bersungguh2 menyesali dan bertaubat
Sedangkan ana??
Ana tak layak..
Tak layak nak menjadi seperti Kekasih-Mu Ya ALLAH..
Rabiatunadawiah tetap Rabiatunadawiah..
X layak menjadi Rabiatul Adawiyah
Tapi hamba-Mu ini masih berharap dapat melihat dan bersama-Mu di syurga nanti.
Hamba-Mu ini akan berusaha agar menjadi hamba yang lebih baik..
Insya-Allah.. Amin



DOA RABIATUL ADAWIYAH
“Tuhanku,
Apa saja yang Engkau hendak kurniakan kepadaku berkenaan dunia,
berikanlah kepada musuhku
Dan apa saja yang Engkau hendak kurniakan padaku berkenaan akhirat,
berikanlah kepada orang-orang beriman
Kerana aku hanya hendakkan Engkau kerana Engkau,
Biarlah aku tidak dapat syurga atau neraka
aku hendakkan pandangan Engkau sahaja
Doaku pada-Mu adalah sepanjang hayatku,
Berilah aku dapat mengingati-Mu
Dan apabila mati kelak,
Berilah aku dapat memandang-Mu.”
_Amin_

Salam Ramadhan


Alhamdulillah..
21 Julai telah berlalu..
Genaplah umur ana 23 tahun.. dah makin dewasa ana ni ye
Tapi perangai still x mature lg.. huhu
Tahun ni hari lahir ana pada tanggal 1 Ramadan..
ALHAMDULILLAH.. pembuka bulan Ramadan..
Terima kasih buat teman2 yang bagi ucapan dan doa2 untuk ana..
Semoga ALLAH merahmati kalian juga..
Selamat berpuasa juga..
Semoga puasa tahun ni, dapat kita sambut dengan lebih baik dari tahun2 sebelum ni..
Ayuh! Kita semua merebut peluang untuk beribadah lebih kepada-Nya..
Alhamdulillah, tahun ni ana dapat berpuasa sebulan lg di kg..
Syukur.. ini nikmat dan rahmat pemberian Allah..
Rebutlah peluang ini, untuk menjadi hamba yang lebih baik..
Insya-Allah.. amin.. J

Sunday, July 15, 2012

BUS EXPRESS @ LOMPAT??


Alhamdulillah...
hari ni ana akan bertolak balik k kelantan..balik kg ana.. rindunya kat kg.. (tak tahannya bru seminggu hari tu balik, rasa macam sebulan dah..) tapi tiket bus camne? ana xbeli lg..harap2 ad lg untuk ana tiket bus tu.. huhu.. kalau xde terpaksalah ana naik bus lompat dr Dungun k KT dlu, pastu k Jerteh pastu baru sampai PP...LBH KURANG 3 BUS ana kna naik pastu campur 1 lg VAN KUNYIT dr umah sewa ke stesen Dungun.. adoi.. takpe.. ni maybe leh jd penguat utk ana spaya lbh berdikari.. huhu... excited jugak nak rasa pengalaman naik bus lompat ni.. kawan2 ramai kata penat.. ana nak rasa gak penat dia tu sampai macam mana.. yerlah.. org kata xcuba xthu, dah cuba baru tahu..lebih kurg kul 10 nnti ana akan bertolak ngan future housemate for next sem.. 

ana dah siap packing barang2 dan g letak umah baru.sem depan dah tak duduk umah ni.mesti pasni ana rindu nak duduk umah No.60 kat Tanjung ni..huhu.. mesti ana rindukan suasana lam umah inikenangan bersama kawan2 serumah pasti terpahat dihati iniyang baik ana akan jadikan kenangandan yang buruk akan ana cuba padamkan dr ingatan ana..moga Allah beri kekuatan.. Amin...

Friday, July 13, 2012

Berakhirnya Semester 4 di UiTM Dungun

Alhamdulillah...
hari ini 13 Julai 2012 berakhir sudah musim peperiksaan untuk ana pada semester ini..
Alhamdulillah.. Syukur sangat2.. berakhirnya semester 4.. tinggal setahun lg ana di dungun..
rasa sayang la plak ana nak berpisah ngan housemates n kak shidah. dorang dah semester 5. sem depan dah start praktikal. mesti semester 5 ana akan rasa x berape best, sebab xde dorang.. :(
Ya Allah, kuatkanlah hati ini..













kawan2 serumah ana dan juga kak Shidah

Saturday, June 23, 2012

cobaan dan dugaan

Alhamdulillah.. 
Allah masih izinkan ana untuk hidup lg pada pg ini.. 
semalam berlaku kejadian yang memang tak dijangka oleh ana
kebiasaan yang ana lakukan menjadi sedikit luar biasa semalam...
Ya, Allah sembuhkanlah ana sebelum 1st final paper bermula.. 
takut..
semalam dengan senang hati ana dan rakan serumah ana, Zaza pergi ke kolej duyung utk berjumpa dengan kawan, hajat dihati nak tgk laut time balik. time nak balik tu jumpelah seekor kucing yang nampak jinak sangat2. kebiasaan ana sukakan kucing.. p la ana gosok2 dia.. xsangka plak dia agresif sangat lps tu.. digigit dan dicakarnya tangan kanan ana ni.. semuanya berlaku dalam sekelip mata. ana terkejut sangat2..mula2 ana igtkan gigitan dan cakaran tu biasa, tapi bila naik basikal ana rasa lain macam.. ana tgk tgn penuh darah dan membengkak.. Rupanya dalam juga gigitan kucing tu.. sakit sangat selepas tu.. jadi, plan kitaorang nak singgah pantai Teluk Gadung cancel. dengan bantuan Muni, Zaza dan Fizah, ana selamat dibawa ke Klinik Rakyat unt disuntik.. huhu.. hbs RM67 semalam... 
Alhamdulillah, Allah masih sihatkan ana. walaupun masih rasa sakit sedikit dan tangan ana tak dapat pegang sesuatu yang berat dan tak kuat, tak apela.. orang lain sakit dia lebih teruk sakit dia.. 
pasal duit yang bayar utk rawatan tu, tak membazir pun.. untuk kesihatan ana juga. memang la RM67 sedikit besar bagi ana student yang tak dapat pinjaman dan bantuan kewangan utk belajar dari mana2 pihak ni, tapi ana paling takut tak dapat jawab exam dengan baik jer semester ni disebabkan tangan ni bengkak2 dan sakit..banyak moral value yang ana terima drpd cobaan ini.. terima kasih Allah.. Alhamdulillah..


Thursday, June 7, 2012

                Alhamdulillah.

masih diberi peluang untuk bangun pada pagi ini.. hari ni ana bakal di uji dengan quizz untuk subjek Islamic Financial Planning. Alhamdulillah, Allah bg peluang pada ana untuk bangun awal dan study sikit2. walaupun tak banyak harap berguna untuk jawab quiz nanti. dek kerana tak sihat badan, otak ana tak dapat berfungsi ngan baik semalam. so, ana tido awal tanpa sempat menyentuh mihun tomyam yang dikirim kepada housemates. tapi syukur Allah masih beri peluang untuk ana bangun awal pagi ni dan study sikit. walaupun masih terasa sakit belakang ana ni, tapi harap sangat ia tak mempengaruhi ana menjawab pagi ini.. Ya Allahu Rabbi, permudahkan urusanku dalam mencapai ilmuMu yang luas sebelum mata ini terkatup rapat.. Amin..

Monday, June 4, 2012

Hati Oh Hati>>

Assalamualaikum...

lamanya ana tak buka lembaran buku hijau ana ni.. almaklumlah, nama pun student.. busy sesangat.. malam ni pun ada quiz eco tapi nak study time cenggini kepale ana dah tak trime dah.. alang2 buka laptop, update jer la blog sendiri..

semester ni benar2 mguji kesabaran dan kekuatan hati ana.. Allah jer yang tahu perasaan ana. nak tak nak ana kena hadapi juga situasi ini.. berharap Allah beri kekuatan dalam menjaga hati dan perasaan ni. semoga beri kesabaran untuk diri ini menjaga hati, lidah dari berprasangka buruk dan tidak menyakitkan hati orang lain.. Amin..  Cik Aada Greeny tersenyum tapi hati menangis.. tak mengapa. asalkan tak susahkan orang lain..

Alhamdulillah, dapat tahu dari mak, si dia dah berkahwin. tumpang gembira dan senang. at least, ana tak menjadi penyebab si dia kecewa. Syukur sangat2 Ya Allah... Alhamdulillah.. cuti hari tu p umah kawan mak kenduri kahwin, lalu depan umah kawan lama. tetiba hati ase berdebar semacam.. huhu.. padahal dah takde feeling dah pun kat dia.

hati oh hati... mudahnya kau berubah.. menerima ayat Hlovate dalam novel dia Contengan Jalanan, "hati kita bukan kita yang pegang". memang benarlah.. Allah yang Maha Berkuasa membolakbalikkan hati manusia. kadang2 ana jadi tak percaya pada diri sendiri. sebab ana seorang yang tak tetap pendirian. sekejap itu sekejap ini.. selalu berubah. ana takut dengan sikap ana yang sebegini. moga Allah tetapkan pendirian dan keimanan ana. Amin.. 

jagalah hati kita sesungguhnya pandangan hati itulah yang hakiki...
setakat ini sajalah untuk kali ini.. cetusan hati luahan Cik Aada Greeny.. (^_*)