Friday, June 24, 2011

~~~TOLONG SAMPAIKAN~~~

╔♫═╗╔╗
╚╗╔╝║║♫═╦╦╦╔╗
╔╝╚╗♫╚╣║║║║╔╣
╚═♫╝╚═╩═╩♫╩═╝ ALLAH

Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya…

Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya

Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa…

Tolong nasihati si dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa…

Tolong nasihati si dia, jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa…

Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan kedua ibu bapanya…

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga…

Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya…

Tolong ingatkan si dia, aku terpikat kerana imannya bukan rupa…

Tolong ingatkan si dia, aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta…

Tolong ingatkan si dia, aku kasihinya kerana santunnya…

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia…

Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya…

Tolong tegur si dia, bila nafsu mengawal fikirannya…

Tolong sedarkan si dia, aku milik Yang Esa…

Tolong sedarkan si dia, aku masih milik keluarga…

Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya…

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita belum terlaksana…

Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta…

Tolong sabarkan si dia, bina jarak menjadi penyebab bertambah rindunya…

Tolong pesan kepadanya, aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya…

Tolong pesan kepadanya, aku tidak mahu menjadi punca kegagalannya…

Tolong pesan kepadanya, aku membiarkan Yang Maha Esa menjaga dirinya…

Tolong khabarkan pada si dia, aku tidak mahu melekakan dia…

Tolong khabarkan pada si dia, aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya…

Tolong khabarkan pada si dia, aku sentiasa mendoakan kejayaannya…

Tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga…

Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya…

Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa…

Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri…

Wednesday, June 22, 2011

ISTIKHARAH CINTA

suka sangat dengar lagu ni... jom hayati dan fahami maksud tersurat dalam lagu ni...

Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

diistikharah cinta..



Cinta ALLAH Cinta Sejati...

Bukan aku tidak percaya cinta manusia.. ada yang sejati sampai ke syurga tapi susah nak dapat.. jodoh pertemuan di tanganNya.. fitrah kita sebagai manusia nak mencinta dan dicintai tapi kita tak sedar kadang-kadang kerana terlalu ikut dek perasaan itu kita lagha.. kita lupa bahawa ada batas pergaulan antara lelaki dan perempuan.. Syukur Alhamdulillah, biarpun keseorangan aku rasa itu lebih baik bagi diriku agar tidak terjerumus kearah perkara maksiat.. terus terang, aku sokong bercinta selepas berkahwin dengan syarat kedua-dua pihak ikhlas berkahwin kerana ibadah bukan mengikut nafsu semata-mata.. aku tak perlu sedih seandainya tidak berjodoh didunia ini, sentiasa yakin dengan takdir ALLAH.. Cinta ALLAH adalah kekal abadi dan hanya insan yang benar-benar sedar akan berusaha mencari dan mendapatkan cintaNya.. semua Muslim mahu mendapatkan CintaNya, termasuk aku.. semoga kita semua berjaya menggapai Cinta Illahi.. Amin..

Monday, June 13, 2011

BELAJAR BAHASA KOREA

Aku hari dah belajar 25 ayat asas korea.. huhu.. aku memang minat belajar bahasa asing.. kalau dulu aku juz tahu sebut sikit melalui drama-drama korea tp sekarang aku nak fokus 30% belajar melalui google translate.. siap blh belajar sebutan dan tulisan alphabet korea lg.. huhu.. harap aku dapat belajar dengan baik and at least faham walaupun takde subtitle.. kalau boleh aku nak juga belajar bahasa asing lain.. yang utama, bahasa Al-Quran iaitu bahasa Arab..harap berkesempatan utk semua ini.. amin...

Sunday, June 12, 2011

The Red Warriors...

aduh, semalam aku tgk piala FA Kelantan vs Terengganu... tapi frust sikit bila Kelantan kalah 2-1.. macam-macam peminat bola sepak buat spekulasi.. ada yang kata sebab politik.. ada yang salahkan budak yang lontar mercun.. bagi aku, pemain dah mencuba sedaya upaya tapi dah takdir ALLAH kan.. kun fayakun.. xpelah, gagal kali ini bukan bermakna gagal selamanya.. insyaALLAH Kelantan akan bangkit..

Saturday, June 11, 2011

keTidAksEmPurNaAN aKU....

Aku, aku manusia yang tidak sempuna.. tapi berharap dapat menemui insan yang mampu bersabar dengan ketdaksempunaan aku dan akan menganggap kekurangan itu sebagai kelebihan.. banyak kelemahan aku yang aku sendiri kadang kala tak dapat nak lawan.. tidak ada manusia yang sempurna diatas muka bumi ini selain baginda Rasulullah SAW... so Ada, kau harus sentiasa muhasabah diri dan fikir positif k.. chayok2!!! hidup merupakan satu persinggahan.. carilah sebanyak mana PENGALAMAN~~ PENGAMALAN yang baik sebagai bekalan hidup di akhirat nanti.. inshaALLAH aku akan cuba yang terbaik.. dan semoga kita semua mendapat berkat dan rahmat dariNYA.. amin...

Saturday, June 4, 2011

~~ dOaKu~~~

.... Bismillahirrahmanirrahim......

Ya Allah, jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu...
agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu..

Ya Muhaimin, jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya bertaut padaMu..
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu..

Ya Rabbana, jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling dari hatiMu...

Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMU

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasihMu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat disepertiga malam terakhirMU..

Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMU...
amin...


Saturday, May 21, 2011

Alhamdulillah...

alhamdulillah... aku akhirnya konvo juga... bergelar graduan juga akhirnya.. dulu nak masuk u pun rasa tak layak.. sekarang nak fokus buat lesen jer dulu... tu goal aku buat masa sekarang.. lepas ni kalau nak sambung belajar or kerja dulu tak tahu lagi... moga ALLAH beri petunjuk.. Amin..

Sunday, May 8, 2011

MAafKaN aKu KaWaN....


Puisi ini aku tujukan pada semua kawan-kawanku... aku rasa bersalah sangat2 pada sorang kawan ni... masa sekolah dulu aku selalu sakitkan hati dia.. bila mengingatkan itu hati aku sedih penuh dengan sesalan.. aku banyak sangat buat salah pd kawanku itu.. aku insan berdosa... maafkan aku kawan... diharap engkau membaca coretan khas buatmu ini teman.. terima kasih kerana masih berkawan denganku dan diharapkan engkau akan ikhlas memaafkanku... sayang kamu...
 
Maafkan aku kawan,
Kerna melukai hatimu yang tulus itu.
Maafkan aku kawan,
Kerna hanya memikirkan tentang diriku sahaja,
Hakmu telah ku abaikan.

Oh kawan, hatimu sungguh mulia,
keikhlasan itu ku lihat dengan jelas,
Insan lain juga menghormatimu,
dan menyanjungi dirimu.

Maafkan aku kawan,
Diatas kezaliman yang telah ku lakukan ke atasmu,
Bukan niatku untuk mengguris hatimu,
Tetapi apa yang terpamer adalah ketidaksempurnaanku memenuhi hakmu.

Ku nukilkan ini untukmu wahai kawan,
Di atas segala sikapku terhadap dirimu,
dan apabila engkau dan aku mengenangkan peristiwa itu,
maka akan ingat yang ini.
Maafkan aku kawan...


Nor Hafizah(Ejah) dan Siti Hamidah@Dhuha.. 2 of my BFFs..

my bestfriends...

adagreenrose bersama Ejah

adagreenrose dan Ejah.. luv u my bestfriend

Nor Izzati..

Siti Hamidah @ nama penanya Siti Nur Dhuha

adagreenrose & Siti Nur Dhuha

Cinta Muslimah...


Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah
Agungnya cinta pada Allah dan Rasulnya
Hartanya diperjuangkan fisabilillah
Penawar hati kekasih Rasulullah
Susah senang rela bersama

Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aisyah
Isteri rasulullah yang bijaksana
Pendorong dalam perjuangan
Dalam kesusahan dan keperitan
Tiada sukar untuk dilaksanakan
Mengalir air mataku

Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan perintah Allah
Taat dengan perintah ayahandanya
Taat dengan suaminya yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga

Ketika ku marah
Ingin ku titip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah

Tabahkan jiwaku ya Allah
Setabah umi Nabi Ismail
Mengendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga
Diterik padang pasir merekah
Ditinggalkan suami akur tanpa perintah
Pengharapannya hanya kepada Allah
Itulah wasiat Siti Hajar

Kiniku rela menjadi wanita solehah
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar haruman harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah

Wahai para mujahidah dakwah
Paculah dirimu sampaikan risalah
Gubahlah dunia dengan amalanmu
Sinarilah zaman dengan imanmu
Kibarkan bendera kemurnian Islam dengan lisanmu
Hiasilah ibadah dengan amal perbuatanmu
Tulislah deen islam dengan tintamu
Jika tidak punyai tinta, tulislah dengan air
Jika tidak ada air, tulislah dengan keringatmu
Jika tidak punyai keringat,tulislah dengan darahmu