Saturday, July 23, 2011

sAtU PeSaNaN>>

Berpesanlah...
mimpi kita bukan lestari
jangan hanyut kerananya
dan kudrat itu manfaatkan
usah dipersia
dalam setiap denyut nadi
kurniaan-Nya
maka sujudlah
dalam dingin fajar siddiq
hening suasana
panjatkan keampunan pada pencipta






Tak Pernah Jauh

betapa selama ini
tak terlintas di fikiran
terselam di hati
redupnya kasih-Mu
dingin menyentuh
dan sesungguhnya.. tak pernah jauh...

"Gagal dalam kemuliaan adalah lebih baik dari menang dalam kehinaan, orang yang gagal sekali-kali tidak rugi, selagi dia belum berputus asa. Kalau sekali maksud belum sampai, janganlah patah harapan."

                                                                                                            ~~ Lord Efebry

Mekar dan Cantik belum tentu Wangi>>


Bunga yang kembang dan cantik itu belum tentu wangi. Wanita yang cantik tetapi tidak berbudi pekerti tinggi, lebih-lebih lagi isteri yang cantik tapi derhaka pada suami adalah ibarat bunga raya. Cantik warnanya tapi harumnya tiada. 

Sebaliknya, wanita yang tidak cantik tetapi berakhlak mulia, taat suaminya, sentiasa mencari keredhaanNya, ibarat bunga cempaka. Tiada rupa tapi harumnya memikat jiwa. 

Wanita yang tidak cantik pula jika tidak berakhlak akan menyakitkan hati dan mata. Ibarat bunga yang tidak cantik dan tidak pula harum dan wangi.  Maka tiadalah apa-apa tarikan dan keindahan padanya. 

Usah bangga dan usah pula risau akan paras rupa untuk merebut kasih saying manusia. Tetapi marilah berlumba-lumba untuk menjadi wanita yang bertakwa dan harum mewangi disisi Allah dan RasulNya..















Tuesday, July 19, 2011

Mengingati Mati...

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Orang pintar ialah sesiapa yang memuliakan dirinya serta membuat persediaan untuk kehidupan selepas mati, sementara orang bodoh ialah sesiapa yang membiarkan dirinya mengikut hawa nafsu tetapi mengharapkan cita-citanya dikabulkan oleh Allah."(Riwayat At-Tirmidzi)...

Ingatlah.. kita semua akan dipanggil menghadapNya nanti... cepat atau lambat, semua tak terkecuali. semakin tua kita, semakin dekat dengan rumah kita(kubur).. ingatlah, hanya keampunanNya dan taubat sebenar-benar taubat dapat menghapuskan segala dosa-dosa kita. bertaubatlah.. ingatlah, waktu kita sudah hampir. beribadatlah dengan khusyuk dan tawadhuk seolah-olah hari ini adalah hari terakhir kita hidup. semoga kita semua diberi petunjuk dariNya dan diberkatiNya selalu.. amin...



Subhanallah...

Alhamdulillah... Masih dipanjangkan umur untuk beribadah kepadaNya.. Subhanallah.. Pagi ni cuaca baik, dengan kicauan burung dan suasana kampung yang menenangkan.. Sinar mentari pagi yang sangat cantik. Adik-adik semua dah pergi sekolah... Syukur kerana Adagreenrose dilahirkan sebagai gadis dan anak jati kampung. Orang bandar tidak akan faham nikmat kehidupan di kampung. tenang... and then perfect...

Monday, July 18, 2011

Aku Sengaja Diam >>>


Aku sengaja diam, tak menampakkan diri agar engkau benar2 menemukanku dalam cahaya sujud istikharah cintamu....
Aku lebih memilih... menunduk malu, daripada menatap mata binarmu 
Kerna aku takut dapat memudarkan cahaya imanku...
Aku lebih suka kau diam tak menyapa ku, kerana aku takut terbuai dalam sapa manismu...
Akan ku jaga hatiku... Ku teguhkan imanku
Hingga kau jemput aku dgn lafadz ijabmu...






  


Saturday, July 16, 2011

Selamat Menyambut Nisfu Syaaban(^_^)

Bulan Syaaban adalah bulan persediaan bagi kita umat Islam menghadapi bulan Ramadhan.. Saidatina Aishah r.a ada berkata, Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Semua manusia dalam kelaparan pada hari kiamat kecuali nabi-nabi dan keluarga mereka, juga orang yang berpuasa pada Rejab, Syaaban dan Ramadan. Sesungguhnya mereka dalam keadaan kenyang, tidak lapar dan tidak haus." Ini bermakna besarnya ganjaran bagi mereka yang berpuasa dalam 3 bulan utama iaitu Rejab, Syaaban dan Ramadhan... 

Abu Hurairah berkata Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Rejab bulan Allah dan Syaaban itu bulanku, manakala Ramadan itu bulan umatku." (Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)... Ketiga tiga bulan ini disebut Nabi s.a.w itu adalah bulan rahmat, kasih sayang dan kesejahteraan. Bulan yang penuh keberkatan dan keampunan.

Nabi s.a.w menjelaskan Syaaban mengandungi keutamaan dan kebaikan yang banyak, dengan nilai berganda bagi mereka melaksanakan kebaikan dan ibadat dengan ikhlas dan bersungguh. Baginda bertanya kepada sahabat, maksudnya: "Tahukah kamu sekalian mengapa bulan ini dinamakan Syaaban?" Mereka menjawab: "Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui."  Baginda menjawab: "Kerana pada bulan ini bercabang banyak kebaikan."

Dengan keutamaan yang ada pada Syaaban ini, Baginda memanfaatkan kesempatan untuk meningkatkan prestasi ibadat dan amal kebaikan sehingga seolah-olah Baginda tidak pernah melakukan sedemikian pada bulan lain.


Syaaban juga adalah bulan di mana setiap doa orang beriman akan dimakbulkan Allah, sebagaimana dinyatakan Abdullah Umar dalam riwayatnya mengenai hadis Nabi iaitu Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Antara solat lima waktu yang doanya tidak ditolak ialah sewaktu malam Jumaat, pada malam 10 Muharam, pada malam pertengahan bulan Syaaban dan pada dua malam raya iaitu malam hari raya Aidilfitri dan Aidiladha.






 

 


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang memuliakan Syaaban, bertakwa kepada Allah dan taat kepada-Nya serta menahan diri daripada perbuatan maksiat, Allah mengampuni semua dosanya dan menyelamatkan dia pada satu tahun itu daripada semua bencana dan penyakit."

Diharapkan kita semua dapat perbanyakkan ibadah dalam bulan dan malam nisfu syaaban ini diisi dengan amal ibadat, istighfar dan taubat... banyakkan doa untukk kesejahteraan ibubapa kita didunia dan diakhirat.. bacalah Yasin sebanyak 3x selepas solat Maghrib dengan niat sekali baca minta panjang umur dalam mentaatiNya, sekali lagi dengan niat diperluaskan rezeki Allah yang halal dan diberkatiNya dan sekali lagi dengan niat minta kita semua mati dalam beriman kepadaNya.. amin...






Wednesday, July 13, 2011

Bubuku @ Choki Meoww Sakit....







kesian betul kucing kesayangan ku ni.. dia sakit sampai kurus kering sekarang. sebabnya dia termakan ubat semut.. aku risau tapi apakan daya.. dulu aku teringin nak jadi veterinary sebab nak rawat haiwan.. tapi tak tercapai.. aku sedih tgk kucing aku macam ni.. aku sayang bangat sama Bubu... dia peneman aku dikala aku sunyi.. dia tempat aku meluahkan perasaan time aku tak bersedia nak bercakap ngan orang.. Ya Allah, sembuhkanlah Bubu ku.. Amin..

Imam Muda Hassan Adli Bin Hj Yahaya

Alhamdulillah.. Akhirnya Imam Muda Hassan berjaya memenangi Imam Muda Unggul musim ke 2... tahhiah buat beliau.. dan tahniah juga buat Imam Muda Nazrul kerana berjaya sampai ke peringkat akhir. Adagreenrose respect sgt dgn Imam Muda Hassan.. admire betul dengan akhlak dan peribadi beliau.. tengok Imam Muda Hassan senyum rasa tenang dan nak tengok lg.. huhu.. orgnya tak lah handsome mcm tom cruise tapi alhamdulillah, sedap mata memandang.. memang sengit tengok Imam Muda Hassan dan Imam Muda Nazrul di peringkat akhir.. dua-dua sama hebat.. lebih menyentuh hati bila tengok Imam Muda Hassan peluk ibu dia dan menangis.. memang susah nak jumpa lelaki macam ni di zaman sekarang. lebih memilukan bila tengok Imam Muda Hassan di kubur arwah ayahnya. terus Adagreenrose teringat arwah ayah..  Sabar Ada.. kla, Adagreenrose peminat setia Imam Muda Hassan, harapnya beliau terus success dalam hidup di dunia dan di akhirat kelak.. Amin Ya Rabb...












antara wajah-wajah Imam Muda Hassan Adli..