1. Tahukah anda bahawa selain bangsa yahudi, tidak dibenarkan membeli atau menyewa tanah di Israel?
2.
Tahukah anda bahawa setiap bangsa yahudi yang ada di setiap Negara di
seluruh dunia menjadi warga Negara Israel secara automatik? Sementara
warga Palestin yang lahir di tanah negerinya sendiri sejak puluhan abad
yang lalu terus diusir ke luar dari Palestin?
3.
Tahukah anda bahawa penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel
harus menggunakan kenderaan yang dicat dengan warna khas untuk
membezakan antara bangsa yahudi dan bukan yahudi?
4.
Tahukah anda bahawa Jerusalem bahagian timur, Tebing Barat, Gaza dan
dataran tinggi Golan dianggap oleh masyarakat antarabangsa khususnya
barat dan Amerika sebagai kawasan yang dijajah Israel dan bukan
merupakan sebahagian daripada Israel?
5.
Tahukah anda bahawa Israel memperuntukkan 85% air bersih hanya untuk
bangsa Yahudi dan membahagikan 15% sisanya untuk seluruh penduduk
Palestin yang menetap di kawasan Israel? Secara realiti, Israel
memperuntukkan 85% air bersih hanya untuk 400 penduduk yahudi di Hebron,
sementara 15% sisanya diberikan kepada 120 ribu penduduk Palestin di
daerah itu?
6. Tahukah
anda bahawa Amerika menyalurkan dana 5 billion US dari penghasilan
hutangnya setiap tahunnya untuk menyumbang kepada Israel?
7.
Tahukah anda bahawa Amerika terus memberikan bantuan ketenteraan kepada
Israel sebesar 1,8 billion US setiap tahunn? Dan tahukah anda bahawa
jumlah sebesar itu sama dengan sumbangan Amerika kepada seluruh Negara
di benua-benua Afrika?
8.
Tahukah anda bahawa Israel juga menunggu bantuan perang tambahan sebesar
4 billion US dari Amerika yang terdiri dari pesawat pejuang F16, Apache
dan Blackhawk? Dan kerana Amerika merupakan Negara gabungan utama bagi
Israel, maka ia wajib memberikan semua kemudahan yang diminta Israel
untuk menjamin kewujudannya.
9.
Tahukah anda bahawa kerajaan Amerika telah menekan Kongres tentang
pelanggaran Israel dalam penggunaan senjata yang mereka sumbangkan?
Khususnya pada tahun 1978, 1979 dan tahun 1982 pada perang di Lubnan dan
penggunaan senjata nuklear pada tahun 1981.
10.
Tahukah anda bahawa Israel adalah satu-satunya Negara di Timur Tengah
yang menolak menandatangani larangan pembangunan senjata nuklear? Dan
menolak Pasukan Siasatan PBB untuk memeriksa tempat persembunyian
nuklearnya?
11. Tahukah anda bahawa sebelum Israel wujud pada tahun 1948, mereka telah memiliki kilang pengembangan senjata nuklear?
12.
Tahukah anda bahawa Pegawai Tinggi Israel di Jabatan Tentera mereka
mengakui secara terang-terangan bahawa tentera Israel membunuh semua
tahanan perang Palestin tanpa proses pengadilan?
13.
Tahukah anda bahawa Israel telah menyerang tempat kediaman Diplomat
Amerika dan menyerang kapal perang Amerika Liberty di perairan
antarabangsa pada tahun 1967? Walaupun serangan itu membunuh 33 tentara
Amerika dan melukai 177 lainnya, tetapi Amerika sama sekali tidak
melakukan sebarang tindakan terhadap Israel? Hanya dengan alasan bahawa
tentera Israel tersalah sasaran? Bayangkan kalau serangan itu dilakukan
oleh Negara Islam?
14.
Tahukah anda bahawa Israel merupakan Negara yang paling banyak
mengabaikan resolusi negara PBB? Jumlah resolusi yang diabaikan oleh
Israel mencapai 69 buah. Bayangkan seandainya satu Negara Islam
mengabaikan 1 resolusi PBB, apa yang akan dilakukan oleh Amerika?
15.
Tahukah anda bahawa pemerintah Israel menggunakan system politik
pemeliharaan terhadap identiti rakyat yahudi agar tetap menjadi warga
Negara itu?
16. Tahukah
anda bahawa Mahkamah Agung Israel telah menetapkan Perdana Menteri Ariel
Sharon sebagai terkecuali dalam kes pembunuhan Shabra dan Syatilla pada
16 September 1982 di Lebanon yang telah membunuh lebih dari 1000 orang
Palestin terdiri dari anak-anak, wanita dan orang tua?
17.
Tahukah anda bahawa pada tarikh 20 Mei 1990, seorang tentera Israel
menyuruh para pekerja Palestin yang sedang menunggu bus di Halte untuk
duduk berbaris di atas tanah, setelah itu ia menembak mereka dari jarah
setengah meter? Tahu pulakah anda bahawa pemerintah Israel menyatakan
tentera itu tidak bersalah dan bahkan mendapat penghargaan khusus dari
pemerintah Israel?
18.
Adakah anda tahu bahawa sehingga tahun 1988, semua kilang dan pejabat di
Israel hanya boleh melampirkan keterangan pekerjaan dengan kata-kata:
“pekerjaan hanya untuk bangsaYahudi”, ” pekerja hanya boleh dipilih
dengan syarat dia berbangsa Yahudi”?
19.
Tahukah anda bahawa Jabatan Luar Negeri Israel membayar 6 jabatan media
Amerika untuk menerbitkan imej positif Israel kepada masyarakat Amerika
dan Eropah?
20. Tahukah
anda bahawa Sharon mengajak Parti radikal Molodeit untuk menjadi
gabungan utama dalam kabinetnya? Padahal parti itu beridealogi radikal
dengan tujuan untuk membesihkan Israel dari luar kawasan yahudi dan
pengusiran secara paksa seluruh warga Palestin dari Israel?
21.
Tahukah anda bahawa Perdana Menteri Israel pertama, David Ben-Gorion
sepakat dengan langkah pengusiran secara paksa seluruh rakyat arab dari
Israel?
22. Tahukah anda
bahawa Rahib besar di Israel Ofadya Yosef yang juga pengasas Parti Syas
(parti ketiga terbesar di Israel) menyokong aksi tentera Israel untuk
membunuh warga Palestin?bahkan ia mengeluarkan fatwa radikal pada hari
raya paskah yang lalu dalam wawancaranya di sebuah rangkaian radio
terbesar di Israel: “Tuhan akan membalas semua kejahatan warga arab,
Tuhan akan menghancurkan keturunannya, menghabiskannya dan menghancurkan
tanahnya dan Tuhan akan membalas mereka dengan azab yang pedih. Oleh
itu dilarang semua bangsa yahudi untuk memberikan rasa kasih sayang
kepada warga arab, dan wajib bagi setiap yahudi untuk menembak mereka
dan senjatanya hendaklah dihalakan ke arah dada dan kepala setiap warga
arab untuk menghabiskannya, kerana mereka itu makhluk yang jahat dan
terkutuk “… …
23. Tahukah anda bahawa pelarian Palestin terbesar di dunia?
24. Tahukah anda bahawa penduduk Kristian Palestin bersatu dengan penduduk Palestin muslim untuk melawan penjajah yahudi?
25.
Tahukah anda, walaupun Mahkamah Agong Israel sudah mengeluarkan
keputusan pelarangan penyeksaan dalam proses pemeriksaan, tetapi Shinbet
(Badan perisik Israel) tetap terus menyeksa setiap pejuang Palestin
dalam proses pemeriksaannya?
26.
Tahukah anda bahawa walaupun Israel terus mengganggu proses belajar
mengajar dan merosakkan seluruh prasarana pendidikan penduduk Palestin,
tetapi penduduk Palestin tetap menjadi Negara terbesar di dunia yang
penduduknya bergelar doktor falsafah. Hal ini dilihat dari jumlah purata
penduduknya.
27. Tahukah
anda bahawa setiap manusia mempunyai hak yang sama yang dijamin oleh
undang-undang HAM antarabangsa yang diterbitkan pada tarikh 10 Disember
1948? Tetapi tahukah anda bahawa undang-undang itu sama sekali tidak
berlaku bagi penduduk Palestin? kerana dihalang dengan ditandatangani
oleh perikatan OSLO?
28.
Tahukah anda bahawa majoriti buku sejarah di dunia mengatakan
Negara-negara arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang
tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara arab
terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat?
Tetapi mereka mengatakan bahawa serangannya itu adalah serangan untuk
menjaga diri mereka?
29.
Tahukah anda bahawa Israel sebagai Negara penjajah sama sekali tidak
terikat dengan konvension Geneva untuk menjaga hak-hak dan keselamatan
warga awam Palestin?
30.
Tahukah anda bahawa perintah Perdana Menteri Israel Ariel Sharon sudah
tidak dituruti lagi oleh tentera Israel? Salah satu contohnya adalah
ketika ia melarang tentera Israel untuk melakukan genjatan senjata dan
dilarang menembak, tetapi tentera Israel terus menyerang, menembak
rakyat awam Palestin dan menghancurkan tempat tinggal mereka. Insiden
paling memilukan andalah pembunuhan tiga wanita Palestin, padahal mereka
sedang berada dalam khemah pelariannya?
31.
Tahukah anda bahawa Israel terus melakukan pebagai usaha untuk
menghancurkan Masjid Al-Aqsa dan Qubah As-Sakhrah sejak 50 tahun yang
lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan
sendirinya?
32. Tahukah
anda bahawa Presiden Afrika Selatan Nelson Mandela mengatakan bahawa
Israel adalah Negara rasisme dan apartheid seperti keadaan Afrika
Selatan sebelum beliau memerintah?
c/p: <a href="http://penpatah.blogspot.com/2012/09/32-rahsia-israel-yang-korang-perlu-tahu.html">32 Rahsia Israel Yang Korang Perlu Tahu</a>
Saturday, November 17, 2012
Wednesday, October 17, 2012
♥ ♥ ♥ Salam 1 Zuhijjah ♥ ♥ ♥
:: Allah better known everything..
dekatkan diri dgn DIA
luahkan segala isi hati kepada DIA
semoga tidak terputus tali antara kita dengan NYA...
jadikan DIA cinta pertama & cinta terakhir kita
lebihkan kasih sayang kepada DIA berbanding maklukNYA yang lain..
cintakan makhlukNYA kerana DIA..
DIA lah ALLAH... Segala-galanya bagi kita..
Salam 1 Zulhijjah... :)
Sayang kamu semua kerana ALLAH.. :: ♥ ♥ ♥ :)
Tuesday, October 16, 2012
Sunday, September 16, 2012
DUIT
Assalamualaikum..
Sudah lama ana tak update blog ni.. bukan malas @ apa, Cuma tak ada masa.. yer la.. ana sibuk untuk kemasukan semester baru (semester 5) di UiTM Dungun.. ditambah pula dengan masalah xdpt online sekarang. Sebabnya modem broadband ana rosak and laptop ana tak dapat detect modem tu.. huhu. Lagi satu, ana dah pindah rumah dan masalahnya rumah ini tak ada wifi. Takpelah, salah satu dugaan yang terpaksa ana hadapi untuk semester ini. Sabar, ana kena 2x rajin pergi library n takpun bila kewangan ana dah stabil nanti, ana beli modem bb baru.. insyaALLAH..
Cakap pasal kewangan ni, ana teringat la pula pada kata2 seorang usahawan wanita yang datang bg talk kt kitaorang dak2 UiTM Dungun semester lepas. Dari cara beliau bercakap menunjukkan pentingnya duit itu. Macam duit tu segala2nya. Ketika mendengarnya, ada kebenaran dari kata2 beliau tu, memang! Duit tu penting untuk kita dalam hidup ni, tapi bagi ana duit bukan segala-galanya. Duit penting bagi ana yang masih belajar ni.. nak makan, minum, beli buku, bayar rumah sewa, n macam2 untuk survive kat Dungun ni la (yang terkenal dengan high standard of living nya ni). Penting cari duit untuk itu, tapi kalau boleh jangan terlampau ‘taksub’ sampai tak sensitif kepada agama , dan keluarga entah ke mana… jangan sampai duit itu membutakan hati dan mata kita.
Ana orang susah, dari keluarga yang susah. So, ana tahu pentingnya cari duit itu. Tapi alhamdulillah, tanpa duit dan harta yang melimpah ruah, ana masih boleh hidup setakat ini, badan masih sihat walafiat, dengan izin Allah. Aim ana sekarang, cari duit untuk memenuhi maqasid shariah dharuriyah dan hajjiyah je.. bersederhana dan tak nak melampau.. insyaALLAH.. ana tak nak jadi orang yang terlampau kaya, tapi tak nak juga jadi orang miskin. Cukuplah untuk ana selesa dalam kehidupan, dapat membalas jasa orang tua, membantu ahli keluarga, agama dan yang memerlukan serta membayar segala hutang piutang ana . Ana nak jadi orang yang sentiasa bersyukur. insyaAllah dengan sentiasa bersyukur, Allah akan menambahkan nikmat kepada kita. Insya-Allah.. ini hanya aim dan harapan ana, ana hanya mampu merancang, tapi ALLAH lah jua yang menentukan segala-galanya. Moga ALLAH tetapkan hati dan tambahkan iman dalam diri ini, dan semoga ALLAH berikan taufik dan hidayahNya kepada diri ini agar tidak terpesong diri ini dari jalanNya. Amin.. semoga sempat ana melaksanakan apa yang ana rancang sebelum ana menghembuskan nafas terakhir di bumi ini. Amin.. Dari Allah kita datang, kepadaNya jua kita akan kembali nanti.
Untuk itu saja pada kali, semoga kita semua (Muslimin walmuslimat, mukminin walmukmiknat) selamat dalam kehidupan dunia dan akhirat serta dijauhkan dari azab api neraka. Amin..
Sunday, July 22, 2012
Rabiatul Adawiyah
Rabiatul Adawiyah..
Mulianya beliau.. kudusnya cinta beliau terhadap pencipta..
Menolak dunia demi Allah..
Menolak syurga atau neraka asalkan dapat cinta Allah
Tiap2 saat hanyalah Allah cinta..
Ya Allah, hamba-Mu ini ingin menjadi seperti Rabiatul Adawiyah
Tapi tak layak..
Sering kali hidup ana penuh dosa.
Sedangkan Rabiatul Adawiyah, hidupnya dihabiskan dengan beribadah
kepada-Mu
Sering kali diri ini teruja bila mendapat sesuatu berkaitan hal
duniawi
Tapi Rabiatul Adawiyah, tidak pernah mendambakan sesuatu yang lebih
dari cinta dan pandangan Allah
Kadang2 diri ini terlupa akan Allah, dan segala yang ana dapat
kerana Allah dan dari-Nya
Sedangkan Rabiatul Adawiyah, setiap saat hidupnya hanya mengingati
Allah
Andai kata dirinya terlupa sesaat akan Allah, dirasakan beliau
bagaikan itu satu dosa besar
Dan dia bersungguh2 menyesali dan bertaubat
Sedangkan ana??
Ana tak layak..
Tak layak nak menjadi seperti Kekasih-Mu Ya ALLAH..
Rabiatunadawiah tetap Rabiatunadawiah..
X layak menjadi Rabiatul Adawiyah
Tapi hamba-Mu ini masih berharap dapat melihat dan bersama-Mu di
syurga nanti.
Hamba-Mu ini akan berusaha agar menjadi hamba yang lebih baik..
Insya-Allah.. Amin
DOA
RABIATUL ADAWIYAH
“Tuhanku,
Apa saja yang Engkau hendak kurniakan kepadaku berkenaan
dunia,
berikanlah kepada musuhku
Dan apa saja yang Engkau hendak kurniakan padaku
berkenaan akhirat,
berikanlah kepada orang-orang beriman
Kerana aku hanya hendakkan Engkau kerana Engkau,
Biarlah aku tidak dapat syurga atau neraka
aku hendakkan pandangan Engkau sahaja
Doaku pada-Mu adalah sepanjang hayatku,
Berilah aku dapat mengingati-Mu
Dan apabila mati kelak,
Berilah aku dapat memandang-Mu.”
_Amin_
Salam Ramadhan
Alhamdulillah..
21 Julai telah berlalu..
Genaplah umur ana 23 tahun.. dah
makin dewasa ana ni ye
Tapi perangai still x mature
lg.. huhu
Tahun ni hari lahir ana pada
tanggal 1 Ramadan..
ALHAMDULILLAH.. pembuka bulan
Ramadan..
Terima kasih buat teman2 yang
bagi ucapan dan doa2 untuk ana..
Semoga ALLAH merahmati kalian
juga..
Selamat berpuasa juga..
Semoga puasa tahun ni, dapat
kita sambut dengan lebih baik dari tahun2 sebelum ni..
Ayuh! Kita semua merebut peluang
untuk beribadah lebih kepada-Nya..
Alhamdulillah, tahun ni ana
dapat berpuasa sebulan lg di kg..
Syukur.. ini nikmat dan rahmat
pemberian Allah..
Rebutlah peluang ini, untuk
menjadi hamba yang lebih baik..
Insya-Allah.. amin.. J
Sunday, July 15, 2012
BUS EXPRESS @ LOMPAT??
Alhamdulillah...
hari ni ana akan bertolak balik k kelantan..balik kg ana.. rindunya kat kg.. (tak tahannya bru seminggu hari tu balik, rasa macam sebulan dah..) tapi tiket bus camne? ana xbeli lg..harap2 ad lg untuk ana tiket bus tu.. huhu.. kalau xde terpaksalah ana naik bus lompat dr Dungun k KT dlu, pastu k Jerteh pastu baru sampai PP...LBH KURANG 3 BUS ana kna naik pastu campur 1 lg VAN KUNYIT dr umah sewa ke stesen Dungun.. adoi.. takpe.. ni maybe leh jd penguat utk ana spaya lbh berdikari.. huhu... excited jugak nak rasa pengalaman naik bus lompat ni.. kawan2 ramai kata penat.. ana nak rasa gak penat dia tu sampai macam mana.. yerlah.. org kata xcuba xthu, dah cuba baru tahu..lebih kurg kul 10 nnti ana akan bertolak ngan future housemate for next sem..
ana dah siap packing barang2 dan g letak umah baru.sem depan dah tak duduk umah ni.mesti pasni ana rindu nak duduk umah No.60 kat Tanjung ni..huhu.. mesti ana rindukan suasana lam umah inikenangan bersama kawan2 serumah pasti terpahat dihati iniyang baik ana akan jadikan kenangandan yang buruk akan ana cuba padamkan dr ingatan ana..moga Allah beri kekuatan.. Amin...
Friday, July 13, 2012
Berakhirnya Semester 4 di UiTM Dungun
Alhamdulillah...
hari ini 13 Julai 2012 berakhir sudah musim peperiksaan untuk ana pada semester ini..
Alhamdulillah.. Syukur sangat2.. berakhirnya semester 4.. tinggal setahun lg ana di dungun..
rasa sayang la plak ana nak berpisah ngan housemates n kak shidah. dorang dah semester 5. sem depan dah start praktikal. mesti semester 5 ana akan rasa x berape best, sebab xde dorang.. :(
Ya Allah, kuatkanlah hati ini..
hari ini 13 Julai 2012 berakhir sudah musim peperiksaan untuk ana pada semester ini..
Alhamdulillah.. Syukur sangat2.. berakhirnya semester 4.. tinggal setahun lg ana di dungun..
rasa sayang la plak ana nak berpisah ngan housemates n kak shidah. dorang dah semester 5. sem depan dah start praktikal. mesti semester 5 ana akan rasa x berape best, sebab xde dorang.. :(
Ya Allah, kuatkanlah hati ini..
kawan2 serumah ana dan juga kak Shidah
Saturday, June 23, 2012
cobaan dan dugaan
Alhamdulillah..
Allah masih izinkan ana untuk hidup lg pada pg ini..
semalam berlaku kejadian yang memang tak dijangka oleh ana
kebiasaan yang ana lakukan menjadi sedikit luar biasa semalam...
Ya, Allah sembuhkanlah ana sebelum 1st final paper bermula..
takut..
semalam dengan senang hati ana dan rakan serumah ana, Zaza pergi ke kolej duyung utk berjumpa dengan kawan, hajat dihati nak tgk laut time balik. time nak balik tu jumpelah seekor kucing yang nampak jinak sangat2. kebiasaan ana sukakan kucing.. p la ana gosok2 dia.. xsangka plak dia agresif sangat lps tu.. digigit dan dicakarnya tangan kanan ana ni.. semuanya berlaku dalam sekelip mata. ana terkejut sangat2..mula2 ana igtkan gigitan dan cakaran tu biasa, tapi bila naik basikal ana rasa lain macam.. ana tgk tgn penuh darah dan membengkak.. Rupanya dalam juga gigitan kucing tu.. sakit sangat selepas tu.. jadi, plan kitaorang nak singgah pantai Teluk Gadung cancel. dengan bantuan Muni, Zaza dan Fizah, ana selamat dibawa ke Klinik Rakyat unt disuntik.. huhu.. hbs RM67 semalam...
Alhamdulillah, Allah masih sihatkan ana. walaupun masih rasa sakit sedikit dan tangan ana tak dapat pegang sesuatu yang berat dan tak kuat, tak apela.. orang lain sakit dia lebih teruk sakit dia..
pasal duit yang bayar utk rawatan tu, tak membazir pun.. untuk kesihatan ana juga. memang la RM67 sedikit besar bagi ana student yang tak dapat pinjaman dan bantuan kewangan utk belajar dari mana2 pihak ni, tapi ana paling takut tak dapat jawab exam dengan baik jer semester ni disebabkan tangan ni bengkak2 dan sakit..banyak moral value yang ana terima drpd cobaan ini.. terima kasih Allah.. Alhamdulillah..
Thursday, June 7, 2012
Alhamdulillah.
masih diberi peluang untuk bangun pada pagi ini.. hari ni ana bakal di uji dengan quizz untuk subjek Islamic Financial Planning. Alhamdulillah, Allah bg peluang pada ana untuk bangun awal dan study sikit2. walaupun tak banyak harap berguna untuk jawab quiz nanti. dek kerana tak sihat badan, otak ana tak dapat berfungsi ngan baik semalam. so, ana tido awal tanpa sempat menyentuh mihun tomyam yang dikirim kepada housemates. tapi syukur Allah masih beri peluang untuk ana bangun awal pagi ni dan study sikit. walaupun masih terasa sakit belakang ana ni, tapi harap sangat ia tak mempengaruhi ana menjawab pagi ini.. Ya Allahu Rabbi, permudahkan urusanku dalam mencapai ilmuMu yang luas sebelum mata ini terkatup rapat.. Amin..
Subscribe to:
Posts (Atom)






