Saturday, August 20, 2011

Saudaraku,...


Saudaraku yang sangat dicintai, apa yg kita cari didunia ini, harta? pangkat? pekerjaan? :) silakan... Tapi kita jangan lupa,kalau kita akan mati dan semua itu takkan bererti apa-apa kecuali amal ketaatan kita pada Allah.

Apakah gerangan yg membuat kita masih ragu untuk taat pada Allah? Bukankah kita sudah melihat tanah kubur? Yg akan jadi tempat tidur kita, beralas tanah beratap tanah.

dan itulah kenyataan saudaraku tercinta, kita pasti mati

JAGALAH SOLAT wahai saudaraku.. ( pesanan untuk diriku jua...)

~* ciri-ciri muslimah ideal *~

♫ MANIS mukanya tetapi BUKANNYA 'MENGADA-NGADA' 

♫ LEMBUT orgnya tetapi BUKANNYA LEMBIK

♫ TEGAS dirinya tetapi BUKANNYA GARANG 

♫ BERHUJAH dgn FIKRAH tetapi BUKANNYA KERAS KEPALA 

♫ TETAP pndiriannya tetapi BUKANNYA TDK MENERIMA PANDANGAN SEKELILING 

♫ BERLAPANG dada jiwanya tetapi BUKANNYA MENERIMA MAKLUMAT LALU TELAN   TANPA TANDA TANYA ..

~~semOga amalan yang dilakukan bernilai ibadah
  





















Friday, August 19, 2011

김 사 랭 >>


김 사 랭...
hehe.. inilah nama korea yang ana pilih sejak dari sekolah menengah lagi... Kim Sa Rang... Saje je.. dari form 1 lagi ana minat Korea.. minat drama korea, lagu korea.. suka tengok gambar kartun muslimah pakai hanbok.. cantik sangat2... *hanbok~pakaian tradisional Korea

Kim Sa Rang.. nak tau nape ana pilih nama ni? sebab Sarang, 사 랭 adalah perkataan Korea pertama yang ana tahu yang bermaksud Cinta... huhu.. Cinta pula mempunyai maksud yang meluas terpulang pada individu menilainya.. Chewah, ayatlah pulak Adagreenrose malam ni.. huhu.. Kim plak merupakan alphabet pertama yang ana tulis.. 김.. Semua ini ana belajar secara tak lansung melalui drama2 Korea.. huhu

Ana teringin sangat pakai hanbok.. suatu hari nanti ana nak mencubanya, insyaALLAH.. kalau dipanjangkan umur.. barangkali di hari perkahwinan ana.. hehe.. berangan je ana ni.. tapi tak salahkan ana berangan.. (^_^)















Doa Kahwin>>

Alhamdulillah, tahun ini, ramai sahabat dan kawan ana melangsungkan perkahwinan.. tahniah buat mereka.. sebut pasal perkahwinan, bulan lepas ada sorang kawan datang umah bagi kad jemputan.. kawan yang lain biasanya jemput melalui e-mail, facebook, sms tapi sahabat ana ini tidak. Dia sanggup datang sendiri ke rumah ana. Alhamdulillah, insyaALLAH awal bulan 9 nanti dia akan menamatkan zaman bujang nya.. Alhamdulillah..  Semoga dia berbahagia hingga ke syurgaMu Ya Allah.. Amin..

Antara doa-doa perkahwinan yang menjadi sumber keberkatan pasangan pengantin baru ialah seperti yang ana kongsikan dibawah ini..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
“Semoga Allah SWT menghimpunkan yang terserak dari keduanya, memberkati mereka berdua dan semoga Allah SWT meningkatkan kualiti keturunan mereka, menjadikannya pembuka pintu-pintu rahmat, sumber ilmu dan hikmah serta pemberi rasa damai”
~ini doa Nabi Muhammad SAW pada pernikahan Puteri Baginda Fatimah Az-zahrah dengan Saidina Ali bin Abi Talib RAH


Ya Allah Ya Tuhan Kami..
“Kami mohon limpah kurnia Mu, berkatilah majlis ini semoga berjalan dengan sempurna sepertimana yang Engkau Kehendaki. Limpahkanlah barakah dan rahmat jua keampunan Mu kepada pasangan suami isteri ini. Jadikanlah rumah tangga mereka sakinah, mawaddah dan warahmah dalam ketaatan terhadap-Mu.
Kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah serta berikanlah ketenangan kepada mereka di dunia dan juga di akhirat. Sempurnakanlah iman serta agama mereka dengan berkat ikatan ini. Moga perkongsian hidup mereka berkekalan hingga ke akhir hayat”


Ya Allah Ya Tuhan kami..
" satukanlah hati kedua mempelai ini seperti Engkau satukan hati Adam dan Hawa, Yusuf dan Zulaikha dan seperti Engkau satukan hati Muhammad SAW dan Siti Khadijah. Semoga ALLAH SWT memberkati kamu berdua kebaikan dan keberkatan  di dunia dan di akhirat" Amin Ya Rabb~~


Semoga sahabat-sahabat semua berbahagia selalu.. sayang kamu kerana Allah Taala..










Sekadar renungan bersama....... (^_^)

bersyukurlah andai kita dipertemukan dgn org2 yang baik akhlaknya kerana kita mungkin seorang yang baik, jika dpertemukan dgn org2 yg tdk baik akhlaknya, jgn mengeluh atau marah tetapi tiliklah diri kita dahulu... adakah kita seorang yang baik?? setiap manusia pasti melakukan kesilapan, tiada yang sempurna melainkan junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW.. Sekadar renungan bersama~~ (^_^)
 

Thursday, August 18, 2011

Ramadhan ke-18...

Ya Allah, begitu cepat waktu berlalu.. hari ni dah masuk hari ke 18 umat Islam berpuasa fardhu Ramadhan.. cepatnya masa berlalu.. ana baru siap bersahur... Alhamdulillah, masih dipanjangkan umur..

Hari Isnin bersamaan 15 Ramadhan 1432H yakni bersamaan 15 Ogos 2011 perginya datuk tiriku ke rahmatullah.. Innalillah... semoga arwah che (panggilan untuk arwah) dicucuri rahmat Ilahi.. semoga setiap amalan arwah diterima dan ditempatkan bersama dengan golongan orang2 yang soleh hendaknya.. Amin Ya Rabb..  Al-Fatihah.

Alhamdulillah... ana lebih tabah kali ini menerima berita pemergian arwah.. mungkin sebab ana sedar arwah meninggal dalam bulan mulia. tetapi bila teringat kenangan bersama arwah, sedih datang bertamu.. tapi hidup mati kita ditanganNya.. ana sedar, bila-bila masa giliran ana pula.. tapi kita semua tak tahu bila waktunya.. mungkin pagi ini, mungkin petang atau malam nanti, mungkin esok, mungkin lusa atau mungkin tahun hadapan.. Wallahualam... kita semua tak tahu..

Yang penting, kita perlu tingkatkan keimanan kepada Allah, sentiasa mengingati mati dan bertaubat... kita cuba lakukan ibadah kepadaNya dengan penuh khusyuk dan ikhlas seolah-olah hari ini adalah hari terakhir kita hidup di dunia.. InsyaALLAH.. Amin...

Friday, August 12, 2011

<< Doa Taubat >>


"Wahai tuhan,
Aku tak layak masuk syurgamu,
Namun tak pula aku sanggup ke nerakamu,
Ampunkan dosa dan terimalah taubatku,
Sesungguhnya engkaulah pengampun dosa-dosa besar,
Dosa-dosaku bagaikan pepasir dipantai,
Dengan rahmatmu ampunkan daku,
Oh tuhanku,
Wahai tuhan,
Selamatkan kami ini,
Dari segala kejahatan dan kecelakaan,
Kami takut kami harap kepadamu,
Suburkanlah cinta kami kepadamu,
Kamilah hamba yang berharap belas darimu."


TIDAKLAH BERGUGURAN SEHELAI DAUN PUN MELAINKAN ALLAH S.W.T MENGETAHUINYA

Ramai insan yang kurang sedar betapa alam semesta ini dan segala isinya, setiap masa dan ketikanya, tenggelam asyik di dalam irama Tasbih, Tahmid, Tamjid dan Taqdis memuji Khaliqnya, Allah Tabaraka Wa Ta’ala.

Semuanya mengulang-ulang penuh kesyahduan : “Allah Tuhanku. Dialah sebaik-baik Pencipta”. Subhanaka Ya Rabb.

Para Ulul Albab nescaya melihat sekelian alam ini meriah dengan zikir dan wirid mereka, bersahut-sahutan tanpa henti. Sebaliknya si mulhid atau si kafir musyrik, dengan jiwa mereka yang ‘mati’ telah dan akan terus beranggapan bahawa semesta alam ini kaku, bungkam, tiada jiwa, jumud persis jiwa mereka.

Alangkah menyimpang fikiran mereka. Alangkah buta hati mereka dari tanda-tanda kebesaranNya.

Bercakap tentang DAUN sahaja, nescaya akan menyerlahkan tanda-tanda kebesaran yang Esa, walaupun orang yang mulhid melihat ia sebagai satu tajuk yang remeh-temeh, buang masa dan kacau DAUN!

Pernahkah kita membaca sebaris firman Allah yang bermaksud: “Tidaklah berguguran sehelai daun pun melainkan Dia (Allah) mengetahuinya”. (Ayat 59: Al An’am).

Pernahkah kita semua merenung ‘kesyumulan’ tajuk penciptaan DAUN ini? Nescaya kita akan takjub dan menjadi amat teruja di hadapan keagunganNya.

Pada satu-satu masa adakah hanya sehelai daun sahaja yang jatuh gugur ke bumi? Nescaya tidak! Dari satu pokok pun kita sudah jahil dan letih untuk mengira berapa helaian daun yang berguguran ke bumi.

Pendek kata, tak terbilang jumlahnya dan akhirnya otak kita menjadi letih lantaran keterhadannya untuk memikir apalagi menjangkauinya.

Apapun kita harus beriman, yakin dan percaya penuh kemampuan ‘ilmu’ dan ‘tadbir’ Allah SWT berkenaan makhluk ciptaanNya. Ilmunya meliputi segala sesuatu.

Tiada sehelai daun pun yang berguguran di muka bumi ini melainkan Dia Maha Tahu kenapa daun itu gugur, di mana daun itu gugur bahkan bilakah saatnya daun itu gugur. Ya ‘Aliim Ya Khabir..

Lalu apa daya kita dan apa pemilikkan kita berbanding kebesaranNya?, melain akhirnya kita hanya akan tunduk mengaku, menangis keharuan, bercucuran airmata seterusnya mendekat kepadaNya, tersembam sujud di hadapan Qudrah dan JabarutNya.





PEREMPUAN CANTIK VS PEREMPUAN TAK CANTIK


Kalau perempuan cantik pendiam
lelaki akan kata: wow!ciri2 isteri idaman…
Kalau perempuan tak cantik pendiam
Lelaki akan kata: tak reti berkomunikasi agaknyer…


Kalau perempuan cantik berbuat jahat
Lelaki akan kata: mesti ada krisis nih…kesiannyer…
Kalau perempuan tak cantik berbuat jahat
Lelaki akan kata: dah la tak lawa,perangai plak mcm s***!!


Kalau perempuan cantik menolong lelaki yg kesusahan
Lelaki akan kata: wow!heroin sejati…
Kalau perempuan tak cantik menolong lelaki yg kesusahan
Lelaki akan kata: hmm…taktik nak ngorat la tu…


Kalau perempuan cantik dpt lelaki handsome
Lelaki akan kata: ok la…bagai pinang d belah dua…
Kalau perempuan tak cantik dpt lelaki handsome
Lelaki akan kata: kesian…mst dah kena bomoh lelaki tu…


Kalau perempuan cantik d tinggal kekasih
Lelaki akan kata: buta kayu btol mamat tu!!
Kalau perempuan tak cantik d tinggal kekasih
Lelaki akan kata: patut pon kena reject…


Kalau perempuan cantik bawa BMW
Lelaki akan kata: ntah dato’ mana bela ni…
Kalau perempuan tak cantik bawa BMW
Lelaki akan kata: mesti anak org kaya ni.


Kalau perempuan cantik menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan kata: wah…caringnyer…
Kalau perempuan tak cantik menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan kata: eleh,gedik la tu…


Kalau perempuan cantik bersedih hati
Lelaki akan kata: don’t worry,i will make u happy forever…
Kalau perempuan tak cantik bersedih hati
Lelaki akan kata: ckit2 nangis!!gembeng tol..ngade2 la…


Kalau perempuan cantik pandai masak
Lelaki akan kata: dah la lawa,pandai masak plak tu…
Kalau perempuan tak cantik pandai masak
Lelaki akan kata: ntah sedap ke tak tu…


Kalau perempuan cantik main2 misscall
Lelaki akan kata: syoknye!!rindu la tu…
Kalau perempuan tak cantik main2 miskol
Lelaki akan kata: ko ni takde keje lain ke??!sibuk ni tau tak!!

P/S : Macam2 dunia zaman sekarang...macam ni la jadinya bila luaran dijadikan ukuran..tapi tak semua lelaki mcm tu...



Alhamdulillah.. Alhamdulillah... Alhamdulillah...

Alhamdulillah...
Syukur tak terhingga Adagreenrose panjatkan ke hadrat Ilahi kerana masih memberi peluang buat ana terus bernafas di bumi Nya ini.. Syukur juga di pagi Jumaat yang mulia ini, kampung ana di Pasir Puteh Kelantan diturunkan hujan rahmat sejak dari awal pagi sebelum ana bangun sahur lagi sampai sekarang masih belum berhenti.. Alhamdulillah... terasa sejuk semacam musim tengkujuh tetapi tidak mengapa.. sebabnya ana memang suka hujan.. Alhamdulillah.. Permudahkanlah urusan kami hari ini Ya Allah...

Alhamdulillah... pagi Selasa(09-08-2011) hari tu ana telah lulus ujian memandu... Sebelum hari tu tiba, hati ana tak tenteram, bergelodak, bagaikan ada batu besar di kepala ini, risau akan menghadapi kegagalan tapi Alhamdulillah, dengan izin Allah, hari itu ana lulus dan mampu tersenyum pulang ke rumah.. Hati berbunga ceria dan senyuman tak lekang di mulut ini.. dalam hati, berkali-kali kalimah Ahamdulillah disebut. benar, tanpaMu aku tak berdaya Ya Allah...

Alhamdulillah... kucing ana Bubu kembali sihat dan sembuh.. badannya makin berisi balik.. Alhamdulillah Ya Allah.... Terima Kasih Ya Allah.. Segala puji hanya padaMu Ya Allah.. Alhamdulillah...